Ah... aku pindah office baru hari ni. Angkut semua barang kat office lama ke office baru. Tak sangka banyak pulak barang aku. Ingatkan satu kotak cukup. Rupanya 3 kotak! Hoho. Hari ni aku angkut satu kotak je. Lagi satu tinggal dalam kereta. Isnin nantilah aku bawak.
Around 10am tadi jumpa la bos baru. Bermesra sikit2. Hahaha. Iyo la tuh. Bos aku dah ada macam2 plan untuk aku. Esp untuk siapkan projek aku yang dok tertangguh-tangguh dah bertahun-tahun. Iye aku tau aku teruk sebab tak siapkan projek tu secepat yang boleh. Tapi (ceh ada tapi gak tu), setiap kali aku nak mintak info dari jabatan lain, mesti lambat gila reply. Bukan semua la. But most department. Ye lah, siapalah aku ni. Kira kategori staf baru jugak la. Orang tak kenal. Bila mintak info, mesti suruh aku buat surat. Bila buat surat, dah hantar, still lambat gak reply. Ada yang tak reply langsung. Aku memang tak paham betul lah dengan cara diorang nih.
Ok back to the story. Projek aku akan dimulakan balik bulan Mac nanti. In the meantime aku kena la tolong orang dalam division ni buat kerja diorang sebab dateline nya pun dah dekat sangat. Kalau tolong aku no hal. Asalkan diorang ajar aku. Tapi aku perhatikan orang dlm ofis baru aku ni baik2 belaka. Takde yang YM ke, surfing internet sesuka hati ke. Tak macam aku kat ofis lama dulu. Diorang asyik wat keje je. Hehehe. Baguslah. Harap2 aku pun akan jadi baik macam tu.
Sebenarnya aku agak suka gak pindah office dan dapat bos yang 'betul2'. Selama ni aku menumpang kasih kat bos orang lain, ie aku cuma ditempatkan sementara kat bahagian lain yang bukan dalam bidang kerja aku (projek aku). So bos yang 'main2' ni diorang tak tau apa sebenarnya aku kena buat, dari segi apa diorang boleh tolong sebab diorang sendiri busy and diorang takde idea (or maybe takde knowledge) pasal projek aku ni. So bila dah dapat bos betul2 ni, lega la sikit aku. Aku pun dah malas nak tangguh projek ni dah. And aku sendiri kebuntuan idea nak improve projek aku ni sebab aku pun takde knowledge pasal sistem sedia ada sekarang ni. Ah komplikated nye nak cerita. Kesimpulannya, bos baru ni sangat komited dalam kerja, ada idea2 bernas yang banyak, dan sanggup tolong aku untuk buat projek ni. Kalau bos lama, dia ada kerja dia sendiri. Kerja dia pun banyak nak kena buat, apahal dia nak tolong aku beriya2 kan? Takat bagi advice boleh la. Aku tak salahkan dia pun. Aku ni pun kurang motivated nak buat projek masa under bos lama. Tak tau la nape. Biarlah rahsia kot. Haha.
Harap2 before bersalin ni bergerak la projek aku dengan jayanya, seperti yang diimpikan bos besar aku. Amin...
Hm bercakap pasal office baru, aku tak tau la aku boleh ke tak menyesuaikan diri kat sini. Bos aku awal2 dah sound yang aku akan selalu balik lambat. Kadang2 datang kerja on weekend. Huhu. Macamana ye? Dah la nak kena ambik anak aku dari nursery. Weekend pulak selalu balik kampung. Kalau hubby dah dapat kerja baru, siapa nak amik anak aku? Takkan tetiap hari amik lambat. Masak aku nak bayar OT nanti. Huhu. Apa citer ni ye? Hm... makin menguatkan semangat aku nak berhenti kerja. Hahaha.
Harap2nya, after projek aku siap, hidup kami satu famili dah kembali stabil, kewangan makin kukuh. So bolehlah aku berhenti kerja dan tumpukan perhatian pada anak2. Kesian anak aku kurang dapat kasih sayang dari aku. Asyik dok kerja je.
No comments:
Post a Comment