Wednesday, January 9

Bubur

Ah, malasnya nak pi kerja hari ni. Seriously malas. Ni semua pasal kes semalam. Kenapa laa sesetengah orang suka buat orang lain down? Takde cara lain ke nak memotivatekan orang? Kenapa mesti sindir2? Sorry, kalau guna X-style untuk motivatekan aku, dia dah silap. Aku memang tak suka orang rendah2kan aku, lagi2 kalau orang tu tak tau apa2 pasal masalah aku, pasal hidup aku. Boleh blah!

Argh. Malas nak cakap pasal diri sendiri. Hm. Selsema Imran dah makin ok, walaupun hingus dia still meleleh je keluar. Aku kena cairkan sikit susu dia sebab takut dia dehydrated. Tapi malam tadi before tidur badan dia panas sikit. Alhamdulillah pagi ni dah ok sikit.

Aku ni tengah dok pikir nak bagi Imran makan bubur letak apa lagi ek? Before this aku cuma letak either carrot, potato atau kacang panjang. Tak pun campur2 kan antara tiga sayur tu. Try letak bayam dulu tapi dia tak suka. Aku cadang lepas Imran baik demam nanti aku nak tambah ikan atau ayam dalam bubur dia. Haaa ni lagi satu benda aku confuse. Ada yang kata, letak ayam dulu coz ikan ni bukan semua baby boleh terima. Ada yang kata kenalkan ikan dulu baru ayam. Tapi make sure ikan jenis ikan putih la. Tenggiri ke, ikan merah ke. Ikan macam masa dalam pantang dulu! Tapi ikan isi putih ni biasanya quite expensive jugak kan? Boleh tak kalau aku nak letak isi ikan selar kuning? Murah. Hehehe.

Kalau orang lain yang tak tau kisah hidup aku mesti ingat aku ni kedekut taik hidung masin kat anak sendiri. Tapi aku takde choice la. Terpaksa. Financial situation aku agak goyang time ni. Banyak sangat yang kena tanggung. Kena berjimat cermat. Tapi bila dok pikir2 balik, beli aje la ikan tenggiri yang sepotong besar tu, tahan 4 hari kot kalau takat untuk bubur anak aku je. 1 hari 1 portion la kan? Tapi kat Shah Alam ni, esp kat pasar besar tu, mahal sungguh ikan dgn sayur. Huhu. Beli kat Tesco ke Giant, susah nak dapat yang fresh, unless kalau kita pi pagi2 buta tu la. Well, nanti lah aku survey. Apa-apa hal pun kena la tunggu anak aku baik demam.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!