Hadoi geram betul la. Bila ym, takleh masuk internet. Bila masuk internet, takleh ym pulok. Apahal tah.
Hmm last week kan aku balik Seremban, lupa lak nak cerita pasal nih. Aku ni memang dah lama gila tak tengok berita. Baca paper pun jarang. Biasanya aku baca Harian Metro je. Ahaks. So masa balik dari Seremban nak ke Shah Alam tu aku terkejut badak bila tol dah naik jadi RM10.40! Dulu RM9.50. Haiyo. There goes my budget. Kena buat bajet balik la nampaknya. Mana taknya. Every 2 weeks balik Seremban dgn Cheras (gilir-gilir). Involves money for petrol and toll. Huhu.
Bila la masalah kewangan aku nak selesai nih?
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah rezeki yang berkat dan halal. Berikanlah yang terbaik buat kami sekeluarga.
Inilah doa aku. Mungkin kerana doa aku ni jugak, banyak benda yang boleh kami grab (tanpa mengira status halal-haramnya) terlepas macam tu aje. Kalau tak, mungkin dah mewah sikit dah. Tapi yelah, rezeki yang kita dapat tu biarlah betul2 halal kan. Lagi2 dah ada anak ni. Kena la fikirkan masa depan anak2. Kalau bagi benda yang tentu halal haramnya, nanti bila anak dah besar jadi lain pulak. Nauzubillah.
Ya Allah, permudahkanlah kami dalam menghadapi ujian Mu. Jauhkanlah kami dari segala kecelakaan dan perkara yang tidak baik. Amin....
No comments:
Post a Comment