Friday, January 25

Fungus

Lupa nak cerita. Actually dari pagi Rabu lagi aku dah perasan. Ada bintik2 merah kat bird Imran dengan kat pangkal peha dia. Bila bukak je diaper, tangan dia mesti nak pi tergaru2 kat situ. Nak kata nappy rash, semacam je aku tengok. Takkan la nappy rash berbiji2 macam tu? Macam jerawat pasir pun ada.

Tengah hari masa nak tukar diaper, aku tengok rashes tu dah merebak ke perut. Berbiji2 semacam. Nak kata heat rash pun bukan. Aku tanya hubby, macamana ni? Dia kata takpe nanti kita bawak pi jumpa doktor.

Semalam pulak hubby kata lepas mandikan Imran tengok2 biji2 tu dah merebak ke punggung dan celah2 punggung. Adui... sure gatal gila tu. Lepas pakai diaper pun Imran dok tergaru2 diaper dia. So dah kebetulan nak balik Cheras, hubby kata bawak sekali la Imran pi jumpa paed kat Kajang tu.

And kebetulan pulak doktor tu telefon untuk bagitahu result air kencing Imran. Alhamdulillah negatif. Maknanya dia takde la apa2 urine infection. Kalau tak, haru jugak la nak kena check buah pinggang bagai. So hubby terus buat sekali appoinment dgn dr tu. Oh ye nama dr tu Dr Saiful.

Malam semalam kitorang pun pi la bawak Imran ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful kat Sg Chua, Kajang (ceh macam promote pun ada :P). Bila dr check dia kata ni fungus. Hari tu Imran ada fungus dalam mulut. Lepas sehari letak ubat titis tu dah baik dah. Dr kata memang kalau bukan kat mulut, dia akan keluar dekat nappy area. It's normal sebab hari tu Imran demam kuat, or maybe sebab reaction badan dia kat antibiotik yang dr inject tu. Dr siap tunjuk gambar baby yang jangkitan fungus nya dah teruk. Isk isk isk. Sian aku tengok. Penuh satu nappy area. Sure gatal gila tak hengat punya.

So doktor bagi ubat sapu je kat Imran. Dalam 2-3 hari Insyaallah ok. Harap2 macam tu lah.

Ya Allah, kurniakan kesihatan pada anakku. Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit merbahaya. Berikanlah kesejahteraan ke atasnya. Amin...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!