Monday, February 25

Sakit pinggang

Aduih... hari ni aku rasa sakit pinggang sangat2. Nak bangun pagi tadi punyalah liat. Malam tadi nak tidur pun susah. Terpaksa tidur duduk dulu sebelum boleh baring coz bila aku try nak baring je rasa sakit yang amat.

Ikutkan hati nak aje aku amik mc. Tapi bila pikirkan balik, baru je 2 minggu lepas aku mc coz migrain plus rasa pedih ngilu. Then last week amik cuti pulak jaga Imran sakit. Takkan minggu ni nak cuti lagi? Ish macam mengada2 je. Orang lain pun pregnant jugak kan. Hm.

Tapi bila dah nak dekat tengah hari ni pinggang aku makin mencucuk2 rasanya. Tak larat nak diri lama2. Jalan pun slow aje. Ingat nak pi klinik masa lunch hour, sekali tu boss bagi kerja la pulak. Dah la benda baru so takes time la nak belajar. Apa boleh buat.

Yang tak bestnya kat ofis aku ni toilet takde air! Tansion yang amat! Dah la org pregnant asyik nak ke toilet. Sudahnya nak tak nak aku terpaksa la menahan perasaan. Nak pi toilet lain kat tingkat 3. Aku tak larat nak panjat tangga. Tension!

Pagi tadi aku lambat sikit sampai ofis. Yang tak bestnya aku terpaksa parking jauh. Kena lalu tangga. Haiyo berchenta la aku nak balik karang terpaksa panjant tangga. Sure mengah2 bila dah sampai kat kereta nanti. Huhu.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!