Wednesday, February 20

Demam Lagi

Imran demam lagi. Huhuhu. Sedih sangat. Isnin hari tu aku pi check-up. Pastu hubby rasa badan Imran panas so Imran pun masuk sekali la jumpa doktor. Masa tu panas dia around 38 celcius so doc kata takyah masuk ubat bontot. Just continue ubat demam yang amik dari Dr Saiful dulu.

Pagi Selasa, badan Imran panas sgt2! Aku cek, dah cecah 40 celcius! Ya Allah. Risau sangat! Aku pun amik EL, jaga Imran. Nasib baik ada spare ubat bontot tu. Demam dia pun kebah.

Pagi Rabu, panas lagi badan dia tapi dah jadi 38 celcius balik. Aku terpaksa hantar dia pi nursery coa aku dah selalu sangat amik cuti jaga anak. Macam2 pesan kat orang nursery untuk jaga Imran. Bagi makan ubat 4 jam sekali lah, mandi guna air sejuk lah, itu lah ini lah.

Hopefully anak mama makin sihat hari ni. Kalau tak terpaksa la bawak Imran pi jumpa doktor lagi. Kesian kat dia. Sampai takut kat doktor. Harap2 fobia dia kat doktor takkan last long.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada anakku. Amin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!