Friday, March 14

Induksi

Hari ni dah 3 hari aku kat kursus induksi. Letihnya Ya Allah, tuhan je tau. Bukan letih apa. Letih pi kelas. Maklumlah dah lama otak ni tak terima input sekali banyak. Kelas dari pagi sampai malam pulak tu. Memang letih. Ditambah pulak dgn rindu kat suami dan anak. Huhuhu.

Semalam tiga kali aku menangis coz teringatkan Imran. Harap2 masa aku baik nanti takde la dia sampai tak kenal aku, atau merajuk dengan aku. Sedih betul nak tinggalkan anak lama2. Dua minggu beb! Kalau dekat tak apa. Boleh jugak suruh suami datang bawak anak. Ini perjalanan pun dah amik masa 4 jam. Kesian pulak nak suruh dia drive ke sini.

Hari ni baru lepas exam pertama untuk kursus ni. Nanti 27hb ada lagi satu exam. Haduh. Cepatlah masa berlalu so aku boleh jumpa family aku.

Baby dalam perut pulak dah makin aktif. Asyik tendang2 je masa kat dalam kelas. False contraction pun dah mula rasa. Time pregnantkan Imran dulu takde pulak rasa contraction. Tapi kali ni berbeza pulak.

Adoi... rindunyaaaaa kat family. Cepatlah 27hb!!!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!