Friday, February 15

...

Ahhh... finally... Friday has arrive... and finally I have some space to write down in this humble blog.

What's the update? Nothing special actually. Cuma Imran dah mula pandai angkat-angkat punggung and gerak2kan ke depan ke belakang. Demam dah kebah, tinggal batuk je sikit2.

Alhamdulillah nampak perubahan ketara Imran kat nursery baru ni. Tak de nangis2 masa hantar dia ke sana. Nampak happy je. Cuma maybe Imran macam tak cukup tidur coz kat nursery tu takde buai. Tido main tepuk2 je. Bagus gak. Kat rumah bila tidur malam dia lena sampai ke pagi. And mamanya pun lena sama la. Hahaha. Kena tido puas2 ni coz tak lama lagi mula la balik rutin bangun malam. Huhu. Almaklum baby dalam perut dah makin besar, due date pun dah makin dekat.

Hm, semalam saja masuk fotopages Kak Hanieliza, try masak Ikan Bakar Tomyam dia and buat air asam ala Kak Liza style. Memang sedap! Hubby tambah nasi banyak kali. Hubby yang jarang makan ikan banyak2 pun licin seekor tu dia makan. Siap ambik bahagian aku sikit! Cayalah Kak Liza! Resepimu penyeri rumahtanggaku. Ecewah!

Aku memang tak pernah frust bila cuba resepi dia. Dulu try buat nasi ayam, terus hubby jatuh chenta dengan nasi ayam aku and jadi special menu pulak. Sampai family hubby pun suka (agaknya la kot). Sampai sekarang resepi tu dah terkulai layu dah kertasnya. Hehe. Kena print balik la nanti.

Hadoi, rasanya ada macam2 benda nak cerita tapi bila dah start menaip dah lost pulak rasa. Oh pasal breast pump. Aku dah beli dah avent out and about kat jusco hari tu. Tengah sale woo... biasa RM389. Ni RM272.90. Memang jauh beza lah. Niat di hati nak start pumping tapi tak start2 gak. Teruk betul aku ni. Masa memula dapat pam tu aku ada la pump sekali. Tapi as expected, tak keluar apa2. Bila picit2, ada la keluar setitis kolostrum. Takpe ke kalau anak aku minum kolostrum yang khas untuk adik dia? Nanti adik dia dapat ke kolostrum tu? Terus aku tak berani nak teruskan pumping session aku. Mungkin aku akan start masa lepas bersalin nanti la kot. Takpun esok aku ada appointment dgn doc, ingat nak tanya lah pasal kolostrum ni. Hopefully terjawab la segala teka-teki aku. Amin.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!