Sabtu lepas (3rd May), aku and the whole family sambut birthday Imran kat kampung aku kat Jalan Klang Lama. Walaupun besday Imran 5th May, tapi disebabkan weekend, so kitorang pun buat la tarikhnya awal sikit. Well, takde la sambut meriah mana pun. Just beli KFC, pastu ada baca Yasiin and doa sikit. Pastu ada la kek. At first memang ingat nak buat goody bags untuk dua pupu2 Imran yang kecik2 lagi ni tapi macam tak sempat je. So kitorang just beli KFC ajelah. Plus Mak Long aku pun nak menumpang doa selamat sekali untuk anak bujang dia yang bakal tak bujang dah tak lama lagi.
Before ke kampung, pagi tu aku pi check-up kat Klinik. Adik aku teman. Pukul 2.30 ada breastfeeding class pulak kat Susuibu.com. Hubby pulak yang teman. Kelas habis pukul 5 lebih. Kelam kabut kitorang balik. Pukul 6 lebih baru sampai kampung.
Pi kelas breastfeeding tu amat2 lah bermakna buat aku. Sebab bila hubby ada, dia pun terdedah jugak la dgn info2 pasal bf ni, betapa pentingnya susu ibu untuk anak. Maklumlah masa Imran dulu aku fail nak bf dia. Masa tu takde support dr sesiapa and aku pun tak tau nak mengadu atau kongsi masalah aku dgn siapa. Masa tu setakat ada niat nak bf je. Ilmu zero, sokongan hampir takde. Pulak tu dgn kes nipple confusion kat klinik tempat aku bersalin, dengan ketiadaan pam yang bagus. Alah, macam2 alasan lah. Yang pentingnya, kali ni aku berazam nak fully bf anak aku. And harap2 dapatlah kongsi sikit2 susu dgn abang nya nanti, Insyaallah.
Pam yang best dah beli, freezer dah nak kosongkan dah, no bottles in baby's bag, no paci. Tinggal nak beli feeding cup utk baby nanti. Insyaallah nak singgah kat Susuibu.com this coming Saturday.
Ok, back to Imran's bday. Disebabkan kesian tengok Imran (alahai lembutnya hati ibu), dengan memikirkan sambut birthday setahun sekali, maka aku pun bagi la Imran rasa sikit ayam KFC dan jugak kek besday dia. Heheh. Lepas dah bagi rasa, aku lak rasa bersalah. Mana taknya, malam tu nak tido dia dok tergaru2 leher dia. Kesian anak mama. Tapi takpelah. Bila lagi dia nak rasa makan sedap kan. Harap2 lepas ni dia dapat rasa susu ibu, and imuniti badan dia bertambah bagus. Aminnn...
1 comment:
happy besday to u'r anak bujang (ops!tak lama lagi mamanyer dah tak kasik bujang..ala..ciannya imran..my lil farhana besday bulan 7 ni..i dah siap tanya kedai kek utk budak kocik ni..ada rupernya kek yg tak letak marjerin, butter, susu lembu ni..dia letak agar2..nak kena tempah! nanti kasik i try dulu n will let u know ok..and selamat BF..go zeti go!
Post a Comment