Uhh... EDD aku dah dekat dah ni. Jumaat ni (23 Mei) genaplah 40 minggu aku pregnant. Sakit2 kat paha ni dah makin menjadi2. Semalam pi jumpa doktor kat Poliklinik Syahirah. Yes... finally aku pilih untuk bersalin kat situ. Reason kenapa aku pilih that particular clinic over that very well-known hospital (maaf, nama hospital dirahsiakan)? Sebab utamanya aku rasa tak sedap hati. Yes the gynae is very2 nice, equipment semuanya moden but aku yang tak sedap hati.
Pertamanya, that hospital is soooo commercialized right now and there are sooo many patients waiting for their turn there. Nak jumpa doktor untuk routine check-up pun ambik masa 2-3 jam. Aku ni bukan dari bangsa penyabar.
Secondly, disebabkan ramai sgt patients, bilik2 kat situ sentiasa full-house. Everytime aku nak lawat, tengok2 bilik, mesti penuh sentiasa. Abih macamana aku nak pilih pakej mana yang sesuai? (Coz harga pakej ikut bilik)
Thirdly, aku nak bersalin naturally. Aku tak mau le pecah2 kan air ketuban kalau takde apa2 complication kat aku atau baby. Kenapa nak kena pecahkan air ketuban kalau aku tak rasa sakit apa2, tanda pun takde pulak yang keluar, bp aku pun ok, baby's still active kicking and I'm not overdue yet. Apa reason kukuh nak pecah ketuban awal2? There's no any explanation from the gynae. The only thing she said was, kenapa nak tunggu lama2? And aku pulak tak terpikir nak tanya balik, what's the rush?? Bila dah sampai rumah baru la terfikir. Hehe. Macam kena hypnotize pulak dengan doktor tu.
So, the conclusion is, I'm back with Syahirah, eventho dia tak support bf tapi aku yakin kali ni aku akan berjaya fully bf, sebab kali ni knowledge aku dah bertambah, plus support dari org yg paling penting dalam hidup aku, my hubby. Insyaallah.
Ya Allah, permudahkanlah aku dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya, dan juga ingin memberikan hak2 yang sepatutnya untuk anak-anaknya. Amin Ya Rabbal Alamin...
Dan permudahkanlah aku dalam menghadapi hari aku bersalin nanti....
No comments:
Post a Comment