Hari ni genap sebulan Irma lahir. Irma lahir 24 Mei 2008, pukul 12.44 pagi.
Pagi 23 Mei, aku pi jumpa doktor. Tengok2 masa tu dah bukak 3cm dah. Siap dah bleeding dah. Tapi doktor suruh balik dulu, lepak2 kat rumah. Dia kata kalau darah dah banyak sangat, atau dah rasa sakit, atau air ketuban pecah, baru datang. So aku pun balik la dulu. Rumah pun bukannya jauh sangat dari poliklinik tu.
Nak dekat pukul 9 malam, aku pi balik klinik tu. Rasa sakit takde lagi. Tapi bukaan dah 5cm. Doktor masukkan ubat berak2 tu. Lepas pi toilet doktor check bukaan dah 7cm dah. And dia kata waterbag aku dah pecah, agaknya masa kat toilet kot. Lepak kat labor room, tunggu rasa sakit tu dtg. Aku dah bagitau doktor kali ni aku tak nak guna apa2 drugs. Taknak induced ke apa. Nak dekat pukul 12, doktor check bukaan aku 9.5 cm. Tapi rasa nak meneran tu takde lagi. Doktor kata terpaksa induced aku sebab dah lama sangat dah 9.5cm tu. Few minutes lepas drip, aku dah mula rasa nak meneran. Oh before that doktor check tali pusat baby terbelit kat leher dia. Doktor suruh aku try meneran. Elok je aku meneran, belitan tu jadi longgar. Alhamdulillah.
Entah berapa kali aku meneran, baby tak keluar2 jugak. Aku macam tak cukup tenaga nak push. Doktor check heartbeat baby dah semakin slow. Aku terdengar doktor suruh prepare untuk vakum. Bila aku dengar je perkataan vakum tu, terus aku rasa fobia. Aku kata kat hubby aku takmau vakum lagi. Cukup la time Imran dulu. Huhu. Lepas tu aku push sekuat2 tenaga aku. Terus baby keluar! Huh. Nak kena ugut vakum baru le aku teran abis2. Hehe. Tak senonoh betul.
Alhamdulillah kali ni aku kena 2 jahitan je compared to 15 masa Imran dulu. Berat Irma 3.15kg. Boleh tahan untuk baby girl.
Aku berpantang pun ala kadar je kali ni. Kali ni pun tak kena sembelit. Mungkin sebab makan ubat Nona Roguy kot. Yang penting, aku still bf Irma sampai sekarang. Harap2 dapatlah fully bf dia sampai 2 tahun. Amin...
2 comments:
zack, congrate 4 new born baby n dah sepasang anak2 ko.. :P
heheh.. bersemangat meneran selepas di ugut utk vacumm.... :)
Post a Comment