Cuti bersalin 60 hari dah berakhir. 23 Julai aku dah start kerja dah. Aduss sayu je rasa nak tinggalkan baby kat rumah. Oh aku buat sementara ni lepak kat umah mak aku. Selambek je tinggalkan rumah terchenta tu lama2. Tah la.. takde semangat nak balik rumah sendiri. Apsal tah.
By the way, masa nak dekat2 habis cuti tu, aku try train Irma minum guna botol. Susahnya nak train dia. Dia tak mo langsung guna botol. Maybe puting botol Avent tu keras sangat utk dia kot. So aku belilah puting kuning Doctor Baby tu. Ala, yang kita guna masa kecik2 dulu tu lah. Lembut sikit. Tapi last day before aku start kerja, Irma still takmo minum guna botol. Aku pesan kat adik aku, kalau dia takmo gak try guna feeding cup atau sudu.
Aku tau better bagi baby guna feeding cup drpd botol tapi aku kesian kat adik aku. Dia sorang2 kat rumah kena jaga dua2 anak aku. Imran pulak sekarang macam2 pulak ragamnya. Maklum la budak nak membesar. Ada je la. So aku nak memudahkan adik aku bahagikan masa between those two, kenalah train anak aku guna botol. Sambil2 tu aku selalu pesan kat Irma elok2, "Irma sayang, Irma kena belajar minum guna botol sebab nanti Mama dah start kerja. Mama tak nak Irma lapar. Kesian Irma nanti. Belajar minum botol ye sayang. Siang Irma kena guna botol. Petang Mama balik kerja Irma boleh gayut puas2, ok?"
Alhamdulillah, masa aku kat ofis, aku call adik aku tanya khabar. Adik aku kata Irma ok je minum. Habis satu botol. Baguslah. Maknanya dia dengar la apa yang Mama dia dok pesan kat dia hari2. Lega aku.
Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik buat anak-anakku. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat mereka. Amin..
No comments:
Post a Comment