Friday, July 25

Stok EBM ku!

Aku punya stok EBM kat freezer mak aku tu taklah banyak mana. Ada lah dalam 20 bekas dadih kecik tu. Maklumlah aku lambat start kumpul stok sebab fridge mak aku buat hal masa aku baru lepas bersalin dulu.

Pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi, aku baru lepas pam susu lepas Irma dah puas bergayut. Masa nak simpan susu dalam freezer, aku tengok freezer tu dah berpeluh dah. Alamak! Freezer ni buat hal lagi ke? Mampus la aku macam ni! Mana nak kumpul 20 bekas lagi ni? Aku dah start nangis dah. Menggelabah gila. Kalau ikutkan ni dah kali ke3 jadi macam ni. Yang 1st dulu masa tu baru ada 8 bekas. Semuanya terpaksa consume within 24 hours sebab semuanya dah cair. @nd time, aku bernasib baik sebab cepat2 terperasan yang freezer tu tak tutup rapat. EBM ku tu sempat diselamatkan sebab tak sempat cair. Beku keras berdekang lagi. Kali ni? Huhu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan stok EBM yang sikit tu.

Aku belek punya belek, aku perhatikan stok aku tu belum cair lagi. Cuma berpeluh kat luar bekas tu aje. Aku sebenarnya tak sure yang aku patut consume susu tu atau boleh sambung simpan lagi. Aku hanya mampu tawakkal je, mudah2an susu ni belum rosak dan dapat diminum Irma dengan selamat. Hopefully. So aku pun terus ajelah simpan susu tu. Harap2 betullah tindakan aku ni.

Tolonglah beri petunjuk padaku Ya Allah. Amin...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!