Tuesday, August 5

Muntah2 & Prebiotik

Sabtu lepas ada majlis akad nikah kat rumah jiran aku. Aku pun bawak la Imran dan Irma pi sana. Malamnya, Imran muntah lepas minum susu. Pagi Ahad, masa Auntie Baya dia bagi makan, tiba2 Imran menangis. Dia tak mau makan. Susu pun minum sikit aje. Ingatkan dia takde selera ke atau nak main je ke. So biarkan aje lah.

Tengah hari Ahad, bawak Imran dan Irma pi rumah Kak Sal, ex-officemate aku. Ada kenduri doa selamat sebab dia dan suami akan bertukar tempat bertugas. Kat sana, memula Imran ok aje. Tak sampai setengah jam, dia mula menangis2 macam nampak apa. Puas aku pujuk. Bagi minum air oren, then offer dia susu. Lepas dia minum, dia muntah. Habis satu baju dia. Teruk jugak dia muntah. Macam ada benda kat anak tekak dia. Tertahan2 muntah tu nak keluar. So apa lagi, terpaksa la bye2 Kak Sal. Dalam kereta bagi lagi susu sebab kesian kat dia lapar. Lepas habis susu dia muntah. Satu car seat bertakung muntah Imran. Imran pulak lepas muntah menangis2 mintak peluk. Kenalah pujuk dia sambil peluk dia kuat2. Aku duduk kat seat belakang, terpaksa letak Irma atas tilam kat sebelah aku. Satu tangan pangku Imran, satu lagi pegang badan Irma takut dia terjatuh masa hubby brake atau corner. Bayangkanlah macamana keadaan masa tu. Imran pulak beratkan badan dia, tak larat sebab takde tenaga. Nasib baik Irma tak buat hal. Dia baring diam2 aje walaupun dia tak tidur. Macam tau2 abang dia sakit dan perlukan perhatian.

Petang tu sampai rumah, family aku balik kampung pulak. Imran terpaksa ikut sebab takde siapa jaga dia. Kat kampung pun dia muntah lagi. Kesian sangat. Hubby dengan adik bawak dia pi klinik, suggested by my cousin. Tapi biasalah klinik biasa ni, doktor bukan pakar. Imran ni pulak selalu 'special case'. Hubby dgn adik tak puas hati betul dgn doktor tu sebab dia tak check betul2. Dia just kata Imran sakit perut sebab tu muntah2. Dia bagi ubat tahan muntah and sakit perut. Ada ka patut? Hisy. Geram je.

Malam tu Imran muntah lagi. Auntie Adik sapu minyak Yu Yee banyak2. Tak lama lepas tu tetiba Imran nak berdiri. Poot! Dia kentut. Then dia duduk balik. Pastu dia berdiri lagi. Pooot! Panjang sikit kentut dia. Then dia duduk balik. Tak lama lepas tu berdiri lagi. Pooootttt! Panjang gila. Siap lepas kentut tu, dia sebut' "haaa". Hahahaha. Kelakar la pulak Imran ni. Malam nak tido tu dia muntah lagi. Ah. Takleh jadi ni. Aku amik keputusan EL esoknya. Bawak Imran pi Klinik Dr Saiful.

Esoknya, aku pi klinik. Dr Saiful kata ada jangkitan kuman kat mulut dia, pastu dah melarat ke perut. Huhu. Dr bagi suntikan antibiotik sebab dia tau Imran mesti muntah balik kalau bagi ubat makan. Then dia bagi ubat antibiotik untuk esok, ubat demam and pil prebiotik. Prebiotik ni untuk cuci perut dia dan buang semua kuman yang ada dalam perut dia tu. Dr kata dia akan either muntah2 atau berak2 lepas makan ubat tu. Nurse siap letak ubat tu dalam plastik khas, bekalkan ice pack sekali coz ubat tu takleh cair.

Balik rumah Imran takmau makan. Baring aje. pastu asyik menangis sebab lapar. Tapi dia refuse nak makan. takut muntah lagi kot. Puas aku dgn Auntie Adik pujuk dia. Aku kata, "Imran, Imran kena makan sayang. Biar ada tenaga. Tak lembik2 macam ni. Kalau lembik2 nanti esok kena masuk hospital, masuk air. Mama tak nak Imran pi hospital sebab nanti Imran sorang2 je kat sana. Imran tak nak kan duduk sorang2 kat sana? Makan ye sayang? Lepas ni boleh makan ubat, boleh sihat, pastu kita pi jalan2 ok?" Pas dah puas pujuk gitu baru la dia makan sikit. Alhamdulillah lega aku.

Malam tadi Imran dah mula ada tenaga. Susu pun dah boleh minum, walaupun mula2 dia takmau minum dalam botol. Kena guna cawan. Dapatlah dengar suara dia malam tadi, bebel2 macam biasa. Kalau tak, senyap je sehari suntuk tu. Sian dia.

Imran dah ok, cuma asyik berak2 kesan pil prebiotik tu. Dalam pil tu ada kultur hidup, macam dalam vitagen tu. Tapi Imran takleh minum vitagen coz dia CMPA. Harap2 anak mama cepatlah sihat dan baik dari CMPA. Boleh minum vitagen, kasi cuci perut dari bakteria2 jahat ni.

Ya Allah, berilah kesihatan kepada anak2 ku. Amin...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!