Tuesday, September 23

Geram

Mama geram betul hari ni. Pagi tadi check balance akaun mama. Current balance ada la RM****, tapi available balance nya kurang RM500++. Apsal nih?

Mama call customer service, katanya itu hold amount untuk credit card. Mama boleh keluarkan duit sebanyak (RM***-RM500++) je. Eh apahal ni nak hold duit orang tanpa notis ni? Kononnya mama kena settlekan dulu baki hutang credit card mama, then baru la kreditkan balik RM500++ tu. Bila mama tanya details, dia suruh mama call branch.

Mama call branch bank kat Shah Alam ni, tapi susahnyaaa la nak dapat. Asyik engaged aje. Tiga2 line engaged. Nak dekat setengah jam juga lah mama try non stop, baru la dapat. Bila dah berangkat, dia tanya prob then dia sambungkan kat bahagian operasi. Masalahnya bahagian operasi pulak tak jawab call. Lama jugak perempuan tu try. Tapi tak berangkat2 jugak. Eiii geramnya mama. Then dia minta maaf, minta mama call petang sikit.

Masalahnya sekarang, kenapa hold duit orang tanpa notis ni?? Takde surat, takde call, takde apa, tetiba je nak pegang duit orang pulak? Memang la hutang credit card mama tu masih banyak bakinya, tapi mama bayar every month ok! Tak pernah miss bayar tetiap bulan. Tup tup dia nak tahan pulak duit mama! Siapa tak marah kan??

Eiiii.... petang ni mama nak try call lagi. Kata abah, kalau dia nak sangat duit tu, suruh je dia guna duit tu untuk bayar credit card. Kan senang?? Dia dapat duit, mama pun takde hutang. Yang penting, PLEASE NOTICE first!!!

Siap la korang petang ni kena bebel dengan mama!

UPDATE
Hoo... tadi mama dah call bank pasal hold amount tu. Last2 mama decide lah, bagitau minta guna je hold amount sebanyak RM500++ tu untuk bayar hutang credit card mama. Huhuhuhu banyaknyeeeeee. Terpaksa lah. Daripada dia dok hold amount tu, better guna untuk bayar hutang. Sekurang-kurangnya hutang dah bayar, interest pun dah kurang untuk bulan ni. Yay! Yang penting, mama tahu ke mana duit tu pergi dan tak la 'terawang-awang' je duit tu. Bukannya boleh keluarkan pon. Hm... nampaknya punah lagi la impian mama nak shopping. Huhuhuhu. Habis duit bonus gua.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!