Tuesday, September 23

Ahad @ Alamanda

Hari Ahad.

Kita balik Seremban hari Sabtu petang. Sampai-sampai aje dah terus berbuka. Nothing much happened on Saturday.

Pagi Ahad, abah hantar kereta kita pi servis air cond. Kata abah air cond bau hanyir. Orang bengkel tu servis air cond kita. Abah kata, jumpa macam2. Ada kepala lipas, kepak lipas. Lepas tu ada semut berkampung. Iyek! Kenapa kereta kita jadi zoo pulak ni abah? Mama pun tak tau, abah pun tak tau. Kata abah, kesian Imran hirup udara lipas masa naik kereta. (Imran duduk kat car seat dia, kat depan sebelah abah). Lepas servis air cond, legaaaa rasanya. Macam naik kereta baru. Kata cina bengkel tu, kena servis air cond at least setahun sekali. Oh patutlah. Kereta kita nak dekat dua tahun tapi tak pernah servis. Hihi. Kata abah lagi, lepas ni harus servis air cond 3 bulan sekali. Baru lah sejuk. Hehe.

Tengah hari Ahad, Ayong, Mak Wan semua ajak kita pi Alamanda. Kita pi dua kereta. Sampai kat Alamanda, kawan-kawan abah dah tersengih-sengih sambut Imran. Tapi Imran moody sebab baru bangun tido. Orang nak dukung dia tapi dia tak nak. Nak dengan abah je. Penat dukung, abah ajak Imran berjalan. Abah pun turunkan Imran. Tapi.... salah tempat. Abah turunkan Imran betul2 depan kiosk soft toys. Ok ow. Imran pun apa lagi. Excited tahap langit ketujuh la dia. Hahaha. Semua sof toys Imran nak. Spider man, Barney, beg Spongebob. tapi last-last Imran berkenan kat beg Minnie Mouse!!!! Oh tidak anakku! Beg tu untuk girl. Tak sesuai tau. Kalau nak pilihkan untuk adik Irma takpe. Hehe. Tapi hari tu mama dengan abah tak belikanlah Imran apa-apa. Imran dah banyak sangat soft toys (esp Doraemon).

Jalan jalan, jumpa pulak satu port ni, orang jual belon. Abah belikan Imran belon bentuk leher zirafah. Tinggiiii belon tu. Lagi tinggi dari nenek. Haha. Bukan main suka Imran. Tapi now belon tu dah kempis sebab bocor. Rasanya sebab Imran ada try gigit belon tu. Wakakaka. Lepas tu kita jalan-jalan ikut Mak Wan dengan Atuk pilih baju raya. Sambil-sambil tu nak carikan baju raya Irma sekali. Tapi tak jumpa lah. Irma ni small size. Baju yang ada semuanya untuk budak umur setahun ke atas. Apa lah diorang ni. Buatlah baju kurung untuk baby. Kan comel.

Lepas penat berjalan, kita singgah McD. Mama dengan Mak Wan tak sempat masakkan bubur untuk Imran sebab Mak Wan sibuk siapkan tempahan kuih raya. Mama tak mau lah kacau Mak Wan kat dapur. So kita terpaksa la makan bubur McD. Imran tak berapa suka bubur McD. Mungkin sebab masin dan tak menyihatkan. Bagus Imran ni. Hehe. Tapi Imran makan sikit-sikit je untuk alas perut. Lepas tu minum air Ribena sikit.

Lepas dah seharian kat Alamanda kita pun balik. Tapi terus balik rumah nenek lah sebab dah dekat kan. Takkan nak patah balik ke Seremban. Sampai Cheras, Imran tidur lama gila. Irma memang sejak kat Alamanda lagi dah tidur masa mama dukung dia. Sampai lenguh2 la tangan mama. Kes lupa bawak stroller la ni. Hehe. Penat sangat agaknya anak-anak mama ni.

Hm... mana la nak cari baju kurung untuk Irma ni. Kawan-kawan, tau tak katne ada jual baju kurung untuk baby umur around 4 to 6 months? Oh mama pun ada aim satu baju kurung ni. Nak bagi sedondon dengan abah dan Imran.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!