Friday, September 12

Jurnal EBM 110908, Klinik & Tesco

Semalam 9-11, tarikh keramat di US sana. Kat sini? Mama ada meeting kat sini semalam. So, biasalah, kalau meeting, jadual pumping session mama mesti terganggu. Mama dapat pam 2 kali aje.

Pagi, pukul 9.15am: 7oz.
Tgh hari, 1pm: 4oz++
Petang, tak sempat.

Habis meeting pukul 4pm. Tapi kawan2 mama ajak pi jenguk2 bazaar Ramadhan kat area Dataran Cedekia tu. Hui, not bad juga ek. Mama beli air dragon fruit 2 plastik, roti john satu, kuih 2 jenis. Saja beli2 kan untuk family. Ye lah, kita duduk rumah nenek, asyik nenek je belanja makan kan. Sesekali biarlah mama belikan makanan pulak.

Habis shopping pukul 4.40pm gitu. Alahai lagi 20 minit je nak balik dah. Gedebuk gedebak nak cari parking yang gila susah kat ofis mama ni, silap-silap dah lebih pukul 5 nanti. So mama cadang nak terus balik lah lepas hantar kawan mama ke ofis. Drive dari tempat meeting ke ofis dah ambil masa few minutes. Sampai-sampai je kat area office (belum parking lagi) dah pukul 4.50pm dah. Pulak tu masa mama nak turunkan kawan mama, ada lori kat depan halang kereta mama. Hm apa lagi, terus balik ajelah. Tak yah masuk office balik. Kawan mama yang tolong punchkan. Pukul 4.58pm baru la lori depan kereta mama tu gerak. Cist.

Disebabkan balik pukul 5 sharp, mama sampai rumah nenek pukul 5.40! Sungguh awal! Kalau biasanya gerak pukul 5.10, pukul 6.30 baru sampai rumah. See how even 10 minutes can give such a big impact to us?

Sampai rumah, nenek kata badan Irmadah tak panas. Dah tak demam dah sebab semalam abah dah masukkan ubat bontot tu kat Irma. Tapi suara Irma pulak dah jadi macam rockers. Serak sangat2. Irma batuk2 pun macam batuk kering, takde kahak. Kesian sangat mama dengar. Mesti sakit tekak kalau batuk macam tu. So mama pun ajak abah bawak Irma pi Klinik Dr Saiful.

Pukul 8.40pm abah sampai rumah. Mama, abah dengan Irma pun pi la klinik. Imran tinggal rumah dengan Auntie Adik. Sampai kat klinik, Dr timbang Irma. Irma dah susut sikit. Ye lah, semalam Irma minum susu 3 kali aje (siang). Biasanya dalam 5 kali. Dr check dada Irma. Nasib baik paru-paru ok. Sebab Irma batuk jenis kering tu (bukan batuk kering ye. itu TB namanya). Dr kata for children, lebih baiklah batuk jenis tak berkahak ni daripada yang berkahak. Sebab kalau banyak kahak, takut baby tertelan kahak tu and effect paru-paru. Boleh kena bronchiolitis. Bahaya tau.

So, Dr bagi Irma 3 ubat. Ubat batuk tak berkahak, ubat demam dan antibiotik. Alahai siannya anak mama kena amik antibiotik lagi. Nak buat macamana. Then sambung lagi ubat selsema yang banyak lagi kat rumah tu. Huhu banyaknya ubat yang Irma kena makan.

Balik dari jumpa Dr, kita singgah T***o. Nak beli diapers Imran dan Irma. Hm bila cakap pasal diapers ni, banyak sebenarnya duit yang kena keluarkan untuk beli diapers. Takpe lah. Cerita lain kali.

Nenek kata diapers brand F*t*i bagus. Ada dua jenis. Satu jenis basic, satu premium. Yang basic ni kira murah jugak la. Saiz S54, RM19++. Yang premium, saiz L38, RM32++. Huh macam harga M**i P**o. Tapi memang bagus la. Setanding kualitinya. Tapi rasanya mama kena jugak cari alternatif lain untuk beli diapers Imran.

Oh Imran kena pakai diapers yang ala-ala kualiti tinggi sikit sebab kulitnya sensitif. Senang melecet. Tapi so far, Irma ok. Belasah je diapers apa, even chap ayam sekalipun. Mungkinkah berkat susuibu? Hehe. Wallahualam. Tapi rasanyalah, susu badan membantu mengurangkan penyakit berkaitan kulit kan? Correct me if I'm wrong yaa.

Sampai T***o, mama beli diapers tu lah (as mentioned above) plus nursing pad untuk mama. T***o ni memang sesekali agak mengong lah. Ada ke, nursing pad jenama Pu***n yang 24s harganya RM23. Yang 36s harganya RM21++!!! Of coz la mama beli yang 36s kan? Hahaha. Kat sini kalau harga tengah murah better rembat cepat2 sebab dia selalu tukar harga ikut suka ati mak pak dia.

Ok lah, balik dari T****o, mama nyusukan Irma, then bagi Irma ubat. Pukul 11.40 bawak Irma masuk bilik. Mama try la dodoikan Irma macam biasa. Tapi Irma mengamuk2. Mama ingat Irma nak susu sebab Irma macam sondol-sondol lengan mama. Mama letak la Irma atas tilam kejap sebab mama nak alih, bersandar kat kepala katil (mama memang tak reti nyusu sambil baring - fail!). Tup-tup Irma dah lena. Hehe. Mama tepuk2 Irma, meniarapkan Irma, terus Irma lena sampai pagi. Alhamdulillah. Mama pun lena sampai sahur.

Oh ye, semalam Irma dah tunjukkan progres untuk meniarap sendiri. Dah hampir boleh meniarap tapi tak sepenuhnya. Lagi 10% je tapi Irma tak reti nak alihkan tangan yang Irma himpit tu. Frust then Irma pun nangis. So cute. Hehehe.

Imran pulak semalam buat kelakar. Dia panjat tangga. Oh sekarang Imran ada sikit berlagak sebab dia dah reti naik tangga tanpa perlu guna dua2 tangan (ala panjat tangga macam panjat bukit tu - pegang tangga satu2). Sebelah tangan dia pegang barang (biasanya doraemon dialah), sebelah tangan pegang dinding kat tangga tu. Sungguh eksyen.

Semalam Auntie Adik berjaya rakam aksi Imran menari atas tangga. Dia menari bila dia tengok Auntie Baya menari (kes nak ajak dia menari sama). Imran menari macam Pak Maun! Hahahahaha. nantilah kalau-kalau ada kesempatan, mama akan upload video tu kat blog ni.

Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana dikurniakan kebahagiaan dan nikmat begini. Alhamdulillah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!