Wednesday, September 3

Jurnal EBM 020908

Oh susah rupanya nak maintain jurnal EBM mama ni. Last week ada bengkel so asyik terlupa je nak update dalam blog ni. Anyway, weekend lepas mama ada juga pam. Berapa oz mama dah tak ingat dah. Tapi dapat la dalam 4 bekas. Semalam punya aktiviti mengepam pulak:

Pagi: 11oz! Mama terpaksa guna 2 botol. Mungkin sebab makan kurma so susu keluar dengan banyaknya.
Tengah hari: 5 oz. Puasa lah katakan so susu pun tak berapa nak banyak kot.

Petang mama dah tak pam sebab takde botol! Mama rasa mama kena beli cooler bag yang baru la. Yang besar sikit. Boleh isi botol banyak-banyak. Ye lah, in case jadi macam semalam, at least ada la botol extra. Mungkin mama akan beli cooler bag Happy Mother set tu kot. Insyaallah kalau ada rezeki. Bukannya mahal sangat pun (RM46 kalau tak silap) tapi bajet mama tight lah.

Hm, semalam mama check gigi Imran. Owh anak mama ni dah banyak dah gigi dia rupanya. Berapa banyak tak sempat pulak nak kira sebab Imran tak mau bukak mulut.

Semalam Irma pulak, nenek report Irma tak mau tidur. Sekejap-sekejap dah terjaga. So lepas mama balik kerja, settlekan pasal EBM, mandi, terus susukan Irma. Kemain Irma minum susu. Macam dah seminggu tak jumpa susu. Dalam 15 minit Irma minum, lepas tu Irma angkat muka pandang mama, Irma senyum. Nampak lesung pipit Irma yang comel tu. Lepas tu Irma kata 'hm' (tanda puas hati dan happy), letak kepala kat lengan mama balik, terus tertidur. Hehehe. So cute.

Ralat: Berkenaan panggilan mama ni, mungkin dalam sesetengah entri tak sesuai nak guna panggilan mama. Contohnya kat dalam entri lepas geram ke, lari topik ke kan. Takkan nak guna 'mama' jugak. Tak sesuai gitu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!