Wednesday, September 3

Ramadhan Datang Lagi

Baca-baca blog orang best pulak bila diorang panggil diri sendiri mama. Dedicate blog diorang untuk anak-anak. Aku pun teringin nak ikut jejak langkah diorang. So mulai hari ini aku pun akan panggil diri aku, mama. Hehe.

Ah cepat betul masa berlalu kan? Sekejap aje Ramadhan dah kembali. Ramadhan tahun lepas mama tengah pregnant kan Irma. Masa tu baru around few weeks. Tengah mabuk-mabuk tapi taklah teruk sangat macam time Imran dulu. Oh masa puasa dua tahun sudah pun mama tengah pregnant kan Imran. Baru beberapa minggu jugak. Masa Imran dulu teruk jugak muntah-muntah lepas sahur tu. Lembik mama jadinya. Mama terpaksa tinggalkan puasa 5 hari sebab tak larat. Masa Irma ok pulak. Setakat loya-loya ajelah. Tapi muntah tak pernah. Alhamdulillah. Last year mama takde tinggal puasa langsung. So tahun ni takde la sibuk-sibuk nak ganti puasa. Hihi.

Tahun ni pun harap-harapnya mama tak perlu nak ganti puasa. Maklumlah breastfeeding mother biasanya tak period for the first six months after deliver. So far, mama belum lagi. Harapnya dapat lah puasa penuh. Amin...

Sempena Ramadhan al-Mubarak yang baru saja tiba ni, aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan dan juga pengunjung blog ini.
Semoga puasa kita diterima dan isilah bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.
Aku juga ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, atau andai ada yang terguris atau tersinggung perasaan ketika membaca blog aku yang tak seberapa ni.
Mohon maaf ya!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!