Thursday, September 11

Update Birthday Abah

Semalam tepat pukul 5pm, mama cepat-cepat punch card. Nak elak jem sebab mama nak pergi kedai kek kat Seksyen 9. Belikan kek untuk abah. Ye lah, nak buat sendiri mama tak reti. So mama beli aje lah. Mama tanya abah, abah nak kek yang macamana? Tak suprise langsung kan? Abah kata abah nak yang ada buah-buah kat atas kek tu.

So semalam kat kedai kek tu puas la mama dok belek-belek kek yang ada buah. Ada macam-macam jenis rupanya ek. Last-last mama pilih la satu kek ni. Sorry lah takde gambar. Kamera rosak. Nak guna kamera handphone, mama ni pakai handphone murah je. Takde kamera punya. Skrin pun yang jenis kaler kuning tu. Ketinggalan betul. Hehe.

Lepas beli kek, mama cepat-cepat bertolak balik Cheras. Al maklum semalam kan hari Rabu. Kat Taman Connaught tu ada pasar malam. Biasanya memang jem lah. Tapi yang peliknya semalam jem tak teruk sangat. Mama bertolak dari Seksyen 9 pukul 5.30pm gitu, sampai Cheras around 6.30pm. Kira ok lah. Biasanya nak dekat pukul 7pm baru sampai.

The whole family makan kek birthday abah lepas selesai buka puasa. Ala-ala desert gitu. Tapi keknya cepat muak lah. Silap pilih la kek kali ni. Isi kek tu vanilla mousse and choc mousse. Pepaham la kalau makan mousse ni. Memang cepat muak. Lagi2 choc mousse dia bukan jenis yang pahit-pahit tu. Hm. Kalau mama tau macam ni punya muak, mama beli je yang isinya choc cake biasa. Huhu. Takpelah benda dah lepas pun.

Anyway, happy birthday once again abah. Sorry lah mama tak belikan abah apa-apa. Kek aje. Nanti Insyaallah kalau ada rezeki lebih mama belikanlah apa-apa ye. Masalahnya mama ni selalu bermasalah nak belikan abah hadiah. It seems that he has everything he needs. Mungkin mama patut korek-korek rahsia wishlist dia. Hehe.

P/S: Abah, nanti birthday mama lagi sebulan lima hari, belikanlah hadiah apa-apa. Ekekeke.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!