Pagi tadi mama sahur makan 7 biji kurma. Hasilnya:
Pagi: 9.5oz!
Tgh hari: 7.5oz
Petang: 3oz
Wow! Nampaknya petua makan kurma untuk tambah susu memang berkesan untuk mama. Bukan aje susu bertambah, mama pun quite energetic hari ni.
Hm, abah ada bagitau mama, dia teringin nak berbuka makan kambing panggang macam kat hotel2 tu. So mama pun surf la kat sini. Ada la beberapa tempat yang harganya boleh tahan, dan ada macam2 food untuk berbuka. Tapi tak taulah bila agaknya mama dgn abah dapat berbuka kat tempat2 gitu. Well, kalau boleh tengok 'Mood Saya Hari Ini' kat belah kanan blog mama ni, gambar yang terpapar ialah 'broke' = bajetku tade. Hehe.
Oh ye. Semalam masa jumpa Dr Yus tu, Dr pesan kat mama supaya improvised kan susu mama. Dr suruh mama minum air soya (calcium fortified preferred), minum oats banyak2. Elakkan minum susu sebab Imran ada sejarah allergic pada susu lembu, so Irma mungkin ada allergic jugak. Sebabnya Irma is a bit underweight. Bukan underweight la tapi kenaikan berat badan Irma kurang memberangsangkan. Almost 4 months naik 2kg aje! Imagine that! Padahal Irma minum susu badan sepenuhnya. Mungkinkah susu mama kurang berkhasiat? Atau Irma kurang minum (sebab Irma kuat tido!)
Well, mama rasa Irma memang ada CMPA tapi mild kot. Sebabnya hari tu mama minum susu HL. Banyak jugak la mama minum. Esoknya kat lengan Irma naik merah2 macam ekzema Imran dulu. Huhu. Harus cut down dairy foods ni. Dah la mama memang suka minum susu dan makan benda bersusu. Huhu.
Maklumat berkaitan CMPA di sini.
No comments:
Post a Comment