Hari ni mama sakit. Sakit hati. Kenapa sesetengah orang suuuusah sangat nak memaafkan orang lain? Bukankah memaafkan orang tu satu sifat yang mulia?
Semua orang buat salah. Manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Bila orang yang dah salah tu minta maaf, maknanya dia sedar kesilapan yang dia buat. Maafkanlah orang yang meminta maaf dengan kita tu. Susah sangatkah? Sedangkan Nabi ampunkan umatnya (ayat common).
Bila tak memaafkan orang, dalam hati akan rasa sakit sangat. Kalau maafkan confirm akan rasa lega. Percayalah. Lagipun kenapa nak biarkan orang yang minta maaf tu tanggung dosa hanya kerana kita tak nak maafkan dia?
Mama betul2 sakit hati ni. Sedih pun ya. Apa kisahnya, tak payah la tau. Cuma, mama nak luahkan kat sini. Mama sedih. Mama geram. Mama sakit hati.
Tolonglah Ya Allah. Tingkatkan kesabaranku di bulan mulia ini.
4 comments:
sabo jek la zety...adat la tuh...bile kene kt batang hidung org tuh sendiri baru die tau
Salam Zety,
Bulan ramadhan mmg betul2 mencabar jiwa n raga kita kan.. tapi mcm u cakap la, apa pun terpulanag pada kita yg boleh berfikir.. pada 'mereka' yg tidak, abaikan saje.. bulih?
Anyway, salam perkenalan dari ely.
Bak kata saya..."minta maaf memang mudah, tetapi memaafkan lagi mudah. sesungguhnya aku selalu meminta dan memberi maaf"
Minta la maaf lagi, harap2 org itu akan memaafkan. Mungkin dia pun tgh sakit ati jugak...bersabar la.
opie: orang tu dah maafkan aku dah. yay!
ealyie: salam perkenalan juga!
fara: dah maafkan dah. siap minta maaf kat kita lgi sebab dia lambat maafkan kita. erk, berbelit pulak rasanya ayat ni. paham la kot kan?
Post a Comment