Thursday, September 18

Pindah Barang, Sunat & Baju Raya

Semalam Selangor cuti. So atuk dan abah decide nak pindahkan sofa lama nenek ke Shah Alam. Atuk dah belikan nenek sofa baru!

Dah alang-alang pergi Shah Alam, bawak sekali Irma jumpa Dr Yus kat Poliklinik Syahirah. Nak sunatkan Irma. Doktor kata kena sunatkan sebelum baby umur 6 bulan. Irma lagi seminggu dah nak 4 bulan. So after hantar sofa ke rumah, abah, mama dan Irma pun pi la klinik. Masa masuk jumpa doktor, abah dah cuak-cuak dah. Tak sanggup dia nak tengok baby girl dia kena sunat. Mama pun sama. Tapi mama stay dalam bilik doktor. Abah awal-awal dah keluar bilik. Hehe.

Mama ingatkan nanti Irma kena bius ke apa ke, then mama bayangkan darah akan banyak keluar and Irma akan menangis tak henti-henti. Mama memang betul2 dah cuak dah masa tu. Doktor pesan kat mama, kalau takut jangan tengok. So mama duduk je kat kerusi tengok muka Irma. Masa doktor potong tu, Irma menangis. Huhu. Tapi lepas settle, Irma diam dah. Nangis kejap je, macam masa kena injek. Bagus lah anak mama ni!

Lepas dah sunatkan Irma, kita pun balik ke Cheras balik. Sampai-sampai tengok rumah kosong. Huhu. Nenek atuk semua keluar pi shopping raya! Tak tunggu kita pun! Huhu. Mama pun bermonolog la sesorang, cakap, nape diorang tak ajak kita pi shopping? Agaknya abah terdengar 'rintihan' hati mama, lepas Zohor abah cakap kat mama, petang karang kita pi Kompleks (PKNS). Yay! Love u lah abah!

Petang dalam pukul 6 mama dengan abah pi Kompleks. Irma dengan Imran tinggal dengan nenek. Nak pi kejap aje. Sampai Kompleks dah nak dekat berbuka dah. So abah dengan mama beli makanan untuk berbuka. Beli ketupat daun palas, lemang dan rendang tok. Jadi la kan. Makan pun kat tepi tangga aje. Hehe.

Lepas berbuka, mulalah operasi nak mencari baju raya mama dan Irma. Hm... mama ni badan dah 'lari' la. Test baju semua tak muat tang dada. Mungkin sebab mama berastfeed so saiznya agak besar di situ. Hahaha. Last2 jumpa jugak sehelai baju yang sesuai dengan mama. Mama ops... abah belikan baju kurung Pahang kain sutera Thai kaler hijau kebiruan. Mula2 mama nak beli baju kaler hijau macam baju raya Imran. Tapi abah lagi berkenan yang hijau kebiruan tu. Takpelah. Dah abah yang bayarkan. Cantik baju tu.

So, dapatlah mama baju raya untuk tahun n. Sepasang cukuplah. Dah tua2 ni (tua ke?) malas nak pikir pasal baju raya sendiri. Tinggal baju Irma dengan abah je belum. Kat Kompleks takde baju kurung saiz baby yang comel2 designnya. Design kain cotton bunga2 halus tu ada la. Tapi jahitannya kureng. Abah kata nanti dia carikan nanti kat Putrajaya. Ok lah. Abah pun mungkin akan beli baju kat sana jugak.

Alhamdulillah dapat jugak merasa berbaju raya.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!