Friday, October 24

Metrojaya Sales

Lunch hour tadi mama ikut kawan pi Stadium Shah Alam. Ada Metrojaya sales.

Wahhh!!! Sangat seronok tengok barang2 kat sana. Mama paling geram dengan comforter set yang harganya beratus-ratus jatuh jadi RM180. Cantik banget!!!

Mama juga geram dengan handbags yang ada kat sana. Boleh tahan murah la jugak.

Sayangnya...

Sayangnya ATM kad mahupun kad kredit mama telah tertinggal kat rumah setelah wallet mama habis digodek-godek Imran. Huhu. Tah mana la agaknya anak terunaku itu telah sorokkan kad mama. Huhu.

Tapi bagus jugak. Jimat duit mama. Hahaha.

Kepada kawan-kawan, Metrojaya Sales tu boleh tahan la jugak. Banyak jugak barang yang 70%. Tapi mama tak sempat le nak round semua. Ramai gilos orang.

5 comments:

Anonymous said...

hahahaha

macam la perangai Hafiy ni. sampai Abiynya kena terminate kredit kad sebab takde dalam wallet, rupanya dia yg kuarkan sorok bawah kerusi.

ngeee~~~

t.a.t.a said...

zety kau kena berterima kasih kat teruna kau. kalau tidak mau nya ranap bulan depan kau bayar bill. hahah.

sW33tdARLiNG said...

under budget... kena pejam mata dan tutup telinga dalam sebulan 2 niii

SemuaTentangKita said...

salam perkenalan zety..
sy pun g jugak metrojaya sale tu isnin baru ni..
Memang orang ramai, ramai gila..sy tk beli apa sgt sbb tk reti nk pilih time org ramai. Dalam sibuk2 nk kuar baru terperasan yg kasut hannan sebelah tertanggal & tk tahu jatuh kt mana. Sudahnya sy & hubby terpaksa patah balik & check semua tempat yg kitorg pegi dlm stadium tu..(dgn keadaan yg sesak) Sib baik jumpa balik..

Unknown said...

mami hafiy: tu lah. hari tu j card. ingatkan hilang. rupanya bawah sofa. huhu.

tata: memang pun. kalu dak negatif lagi la gaji aku bulan ni. hahaha.

afkar'z: betul3x

mrsharis: wah rajinnya siap patah balik cari kasut. tak susah ke nak mencarinya? kalau saya sure dah migrain2 dah. hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!