Isnin lepas, mama dan abah buat open house. Start pukul 12pm sampai 6pm. Tapi kami bahagikan kepada dua jenis jemputan: officemate 12-4, kawan-kawan 3-6. Jiran-jiran sukati diorang le nak datang kul berapa.
Menu mama - mee kari (nenek masak), soto (mak wan masak), puding coklat (nenek buat), sate kambing (tempah), kuih apam dan karipap (tempah), kek coklat (mak ngah buat), buah oren, air sirap lemon.
Tetamu boleh tahan ramai la. Jiran-jiran yang dijemput semua datang, Officemate mama ramai juga yang datang. Kawan-kawan abah pun ramai. Sedara-mara belah mama hampir semuanya datang. Belah abah tak berapa sangat coz ada bapak sedara abah yang buat open house jugak. Kawan-kawan mama? Hm ni part yang sedih ni. Tak ramai yang datang. Huhu. Rasa-rasanya mama jemput semua kawan mama. Mana yang mama takde contact num tu, mama minta tolong kawan-kawan mama yang lain bagitau. Tapi last Monday ada dalam 11 orang je kawan-kawan mama yang datang (thanks for coming, guys!). Sedih tak?
Mungkinkah promosi mama tak cukup hebat? Atau ramai yang balik kampung? Atau tak sudi kot datang ke rumah kita ini? Atau takde masa? Huhu. Entahlah. Masing-masing ada alasan masing-masing. Tapi mama agak terkilan jugaklah. Terasa macam takde kawan pulak. Uh uh. Ter emo pulak mama ni.
Well, benda dah lepas jangan dikenang. Ok lah.
Tetamu terakhir Isnin lepas datang pukul 9 lebih. Masa tu mama dah tutup pintu dah. Abah dah terlantar kepenatan. Tup-tup abah dapat call. Pintu rumah pulak diketuk-ketuk. Jenguk jenguk rupa-rupanya kawan abah. Hehe. Kata kawan abah tu, memula bila tengok jam dah malam, dia ingat tak jadi la nak datang. Tapi sebab dah janji, dia datang jugak. Wah... mama salute betullah kawan abah ni. Dengan wife dia yang tengah sarat-sarat tu, datang jugak dia.
Kitorang duduk-duduk la depan rumah layan tetamu terakhir tu. Sempat pulak abah promote susu ibu kat bakal ibu tu. Kemain abah bercerita. Pasal kepentingan sejam pertama lepas melahirkan lah, kolostrum lah, cabaran-cabaran orang bf lah, pam lah, and last but not least, abah promote susuibu.com (padahal abah sendiri tak pernah masuk susuibu.com. Haha).
Wah terharu sungguh mama dengan kesungguhan abah. Kitorang siap bagitahu yang kitorang pi kelas bf before lahirkan Irma dulu. And bagitau jugak betapa kitorang nampak beza antara baby yang nyusu fm dgn bf.
Bukan ada niat apa-apa pada ibu yang tak bf ya. Hope tak salah faham pulak. Masa intro nak cerita pasal bf tu, abah tanya dulu that lady dia nanti nak nyusu badan ke fm. Bila dia kata bf, baru la abah promote pasal kelebihan bf. Otherwise, kami hormati pilihan dia kalau jawapannya ialah fm. Lagipun kami cerita based on pengalaman sendiri, bukannya memburuk-burukkan atau melebih-lebihkan sesiapa.
Ok berhenti takat tu aja.
Bercakap pasal tetamu, walaupun rasa sedih sebab tak ramai kawan yang datang, tapi mama sangat happy dapat jumpa kawan-kawan lama mama yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Ada yang sanggup datang rumah mama padahal dia baru aje sampai dari kampung yang jauh tu. Sure penat tak ingat punya. Ada yang sanggup cancelkan plan untuk balik kampung sebab nak jumpa mama. Oh terharunya daku.
Conslusion nya, open house yang julung-julung kali mama dan abah buat ni, memang banyaklah kekurangannya. Tapi mama happy dengan kehadiran semua tetamu. Dan sangat-sangatlah penat nak mengemas rumah. Haha. Sampai sekarang rumah tak habis kemas lagi. Nasib baik periuk-periuk yang besar tu mama dah berjaya cuci dan simpan malam tadi. So takdelah sesak sangat dapur mama tu.
Kepada kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri, mama ucapkan terima kasih. Mama minta maaf kalau mama tak dapat nak layan kawan-kawan mama dengan sempurna. Mama jugak minta maaf dengan segala kekurangan yang ada masa open house mama tu.
Jangan serik datang rumah mama lagi ye.
.
5 comments:
ala..jgn la kecik ati
aku byk keje masa aritu
sempat g kenduri aisyah dan sorg sedara
aku x larat drive jauh2..
takpe nana aku paham
aku sedih yang janji nak datang tapi tak datang tu. huhuhu.
wei zack...aku tak datang sbb kene diarrhoea (eh betul ke aku eja tuh?).sori sgt beribu2 ampun.
zety..aku angkat tangan nih sbb aku dtg..
1st time dpt makan sate kambing..uwh..best gak..:)
umi: takpe. aku paham beno macamana sakitnya kalu cirit birit. (sila rujuk entri2 terbaru)
zurai: tenkiu for coming. sorry tak dapat nak entertain ko sangat masa tu. kelam kabut. almaklum first time buat open house nih. ampun!
Post a Comment