Thursday, November 6

Mana Perginya?

Wah.

Setelah 3 hari takleh nak access internet, mama jadi mati kutu nak tulis apa kat blog ni. Huhu.

Well, for a start, mama nak mengadu. Mama tak jumpa lagi buku rekod Irma dengan Imran! Waaa... macamana ni? Buku tu penting kan?

Buku Imran ter misplace masa pindah. Mama suspect ada laa kat dalam salah satu kotak yang belum di unpack kat dalam store tu. Ye... belum unpack lagi!

Buku Irma ni yang mama kompius sikit. Last week, mama ingat nak bawak Irma pi cucuk 5 bulan. Dah siap-siap masuk dalam kereta dah ni. Sekali tu tengah on the way, baru laa mama teringat yang buku rekod Irma tu mama tak bawak. Aiseh.

So mama patah balik ke rumah. Keluarkan buku rekod tu dari dalam fail. Bawak masuk kereta. Tengah jalan, Irma ter-uk uk la pulak. Mama yg cerdik lagi bijaksana ni lupa la pulak nak bawak diaper extra. Cess. Hampes betul la mama ni kan.

Malas nak patah balik, mama kata kat abah, esok ajelah kita bawak Irma pi cucuk. Kita pi cari pagar Imran dulu. So mama terus drive pi Anakku seksyen 9. Dengan Irma yang penuh dengan poo poo dalam diaper nya. Haha.

And that was the last time I saw the record book.

Weekend, abah ada kemas kereta. He claimed that he never see that book in the car. Haiyo. Habih tu, kat mana mama letak? Takkan mama keluarkan dari kereta masa kat Anakku? Macam pelik je. Huhuhu.

Kawan-kawan, macamana ek kalau buku tu hilang?
.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!