Friday, December 19

Abah Sakit Lagi

Abah tak jadi pi kursus sebab demam panas. Badan panas gila. Kalau letak baju yang baru keluar dari washing machine kat atas badan dia, sure baju tu akan kering serta-merta. Serius!

Semalam abah uruskan kedai barunya tu. Pagi-pagi lagi dah jemput staf lama dia kat Alamanda, hantar ke Tropicana City Mall. Lepas tu jumpa supplier pulak sebab barang sikit sangat untuk mulakan kiosk. Lepas tu pergi beli rak-rak untuk display barang-barangnya. Kata abah, satu KL jem. Mana-mana dia pi pun jem sokmo.

Kemudian abah terima panggilan telefon yang sungguh membencikan. Apa dia mama takmo lah cakap. Personal gitu. Terus abah pening kepala, migrain then demam.

Dekat-dekat Maghrib abah sampai rumah. Terus baring atas sofa berselimut bagai. Dua comforter mama balut tapi abah tetap kata dia sejuk. Masa tu badan abah tak berapa panas lagi.
Pukul 10 malam pi jemput pulak stafnya kat Tropicana, hantar balik ke rumah di Putrajaya. Sungguh baik hati abah ni sanggup jemput pergi-balik staf nya. Sebabnya bagitau budak tu last minute kan. Dia lak takde transport. Abah kata start esok budak tu kena pandai-pandai sendiri la ke kedai.

Mama, Imran dan Irma ikut abah hantar stafnya balik. Memula mama yang drive tapi tetiba Irma meragam nak nenen, terpaksalah abah drive. Kesian abah. Menggigil-gigil dia bawa kereta. Tapi dari Putrajaya nak balik ke Shah Alam, mama drive semula. Irma pun dah lena. So senanglah abah nak jaga.

Ikut Elite nak balik ke Shah Alam tapi jem gila-gila. Bayangkan pukul 12 malam boleh jem? Oh Imran pulak ter-poo poo dalam kereta. Mama tak bawa diaper extra coz ingatkan sekejap aje. So baunya semerbak le satu kereta! Nak tau tak kenapa jem? Sebab orang tengah nak pasang tiang billboard kat tepi highway tu. Habis ditutup jalan dari 3 lane jadi satu lane aje. Huhu.

Sampai rumah pukul 1 lebih. Imran dah terlena despite of diaper nya yang penuh dengan poo. Mama terpaksa tukarkan diapernya dan guna kaedah lap dan buang aje. Nak kejutkan dia tidur tak sampai hati. Ohhhh bau poo poo budak umur setahun lebih sungguuuhhhhh dot dot dot. Sila imagine sendiri baunya yang dah macam org besar punya dan mama terpaksa bersihkan tanpa guna air. Guna wipes ajo. Huhu.

Lepas dah settlekan Irma dan Imran (abah awal-awal dah tertido. sian abah), mama settlekan dapur pulak. Oh disebabkan abah dah tertidur atas sofa kat living hall, makanya kami semua pun tidur kat living hall. Imran tidur kat sofa jugak (sofa lagi satu), Irma tidur kat playpen. Mama? Tidur atas lantai aje. Nak bentang toto, abah dah guna buat selimut. Tak sampai hati tengok abah kesejukan.

Mama tertidur pukul 2 pagi.

Pagi pukul 6 mama dah terjaga. Tengok-tengok Imran ada kat sebelah mama. Entah pukul berapa dia turun dari sofa mam tak perasan. Mama touchy touchy gitu sebab rasa:
  1. Imran nak jugak tidur sebelah mama tak kisah la atas lantai ke kat mana.
  2. Agaknya Imran kesian tengok mama tidur sorang-sorang di atas lantai yang sejuk lalu temankan mama. Hehe.

Tapi mama kesian pulak tengok Imran tidur atas lantai. Tak sakit-sakit badan ke? Aduhai anakku.

Pagi tadi bawa abah pergi klinik, suhu badan 39.3 Celcius. Panas gila! Abah minta injection sebab nak cepat baik. Kalau boleh dia nak jugak pi kursus tu. Tak seswai tau abah! Tapi doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. Doktor suruh abah minum air masak banyak-banyak dan makan bubur sahaja.

Kesian abah kan?

1 comment:

Fara said...

smg cepat sembuh en. Abah...mungkin terlalu sibuk dgn keje smpai demam kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!