Thursday, December 18

Kursus & Mandi

Esok abah ada kursus kat Nilai. 5 hari. Huhu. Tinggallah kita bertiga. Tapi mama dah 'import' Aunty Izan untuk temankan kita. Hehe.

Actually mama tak kisah pun tinggal bertiga dengan Imran & Irma. Tapi abah laa risau. Dia kata nanti kalau mama mandi ke, masak ke (mama tak rasa mama masak kalau untuk sorang makan je ;D), siapa nak tengok-tengokkan anak-anak. How thoughtful of him. Muahs to abah!

Oh ye. Cerita pasal mandi. Hari tu mama tengah mandi. Biasanya mama memang tak tutup pintu rapat coz takut tak dengar Irma atau Imran menangis. Mama mandi kat toilet master bedroom kat atas. Imran & Irma & abah kat bawah. Tengah syok-syok mandi tetiba pintu terbukak dan Imran sergah mama, "hah!"

Mama punya laa terkejut! Mama melompat (seriously mama lompat dalam bilik air tuh!) dan menjerit! OMG! Macamana la Imran boleh terlepas naik ke tingkat atas ni? Haiyo! Dah la mama tengah mandi. Pepaham ajelah keadaan fizikal mama masa tu. Wakakaka.

Abah terdengar mama menjerit, terus berlari naik ke atas. Rupa-rupanya abah tak perasan Imran panjat tangga. Tengah bergayut kat hp. Selama ni Imran takde pun nak panjat-panjat tangga tu. Tak heran nya dia. Dia lagi suka masuk dapur. Thats why mama letak baby gate kat pintu masuk ke dapur and biarkan tangga tu melopong. Ok owh... nampaknya mungkin kena letak baby gate kat tangga pulak. Ke... tak payah? Bukan apa, takut mama & abah tak sedar Imran panjat tangga, pastu karang tetiba bergolek ke bawah ke apa, tak ke naya?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!