Wednesday, December 17

Kereta Rosak & Shopping Mall

Semalam mama EL.

Kereta rosak betul-betul depan taska, lepas hantar Imran. While abah godek-godek itu kereta, mama lepak dalam taska. Tapi tak lama. Coz takut karang Imran meragam pulak masa mama nak balik nanti. Then mama lepak je tunggu dalam kereta. Hehe. Kereta siap pukul 10 lebih. So dah lambat sangat nak masuk ofis balik (dah lebih 2 jam) maka mama amik la EL. Masuk lambat ke ofis, apa pulak kata org. Better amik EL. Pada pandangan mama lah.

Ya, walaupun mama EL, mama biarkan jugak Imran dan Irma kat taska. Kebetulan bila mama dah ter-cuti ni, abah dah booked mama dulu untuk urusan-urusan yang dok tertangguh-tangguh. Pi BSN la, Bank Islam la, Bank Rakyat la. Sampai ke Seremban kami redah. Abah memang tak kasi 'can' kat mama lah nak rest kejap. Hoho. Bertolak dari Seremban pukul 5. Itu pun sempat lagi singgah drive-thru A&W kat tasik tu. Beli float dan waffle with ice-cream. Makan on the way ke Shah Alam. Ahaha.

Oh ye, masa mama kat taska, Imran ada sedikit menggediks-gediks. Hahaha. Kononnya nak show off kat kengkawan nya yang mamanya ada kat taska temankan dia. Hahaha. Dia asyik lari-lari, pastu datang peluk mama dan gelak-gelak. Sungguh gediks okeh. Hahaha.

Malamnya pulak, lepas Maghrib, mama, Imran & Irma ikut abah ke Damansara. Ada satu shopping mall yang akan dibuka Khamis ni. Dekat dekat Eastin. Namanya Tropicana City Mall. Kawan-kawan pernah dengar tak nama ni?

Kami temankan abah tengok-tengok mall tu sebab abah dapat offer buka kiosk kat sana. So before buat apa-apa decision kenalah tengok dulu tempatnya kan.

Malam semalam merupakan pengalaman baru lah bagi mama sebab dapat tengok 'shopping mall in the making'. Wahaha. Masa kami sampai sana semua orang tengah sibuk buat kerja construction, pasang itu ini, check escalator lah, lif lah, tengah mengetam kayu kayan lah. Berhabuk tak ingat punyalah. Nasib baik Imran dan Irma tak apa-apa. Sampaikan mama dok musykil, sempat ke diorang ni nak buat grand opening lusa ni (Khamis)? Isy... macam banyak sangat yang belum siap.

Mama sempat menyaksikan pekerja kat situ tengah nak pasang pokok palma kat dalam shopping mall tu. Hehe. Teruja pulak rasa.

Overall, tempatnya besarrr. Parking space pun banyak. Mungkin double saiz Alamanda kot. Ada glass-dome skylight (betul ke ayat mama ni). Boleh nampak langit kat luar. Cantik. Hm, kalau abah jadi bukak kiosk kat situ, berkemungkinan tempatnya berdepan dengan kedai Bossini. Kawan-kawan yang dekat-dekat area sana tu, nanti jenguk-jenguklah kedai abah ye. (promote nih...) Hehehe.

Sampai rumah, the whole family kepenatan. Boleh tahan besar shopping mall tu. Mama tertidur sampai tak sempat tukar baju. Siap pakai jeans lagi. Hoho. Pastu bangun pukul 7 pagi weh! Lambat dah nak ke ofis! Nasib baik la bendera merah. Hihi. Dan nasib baik sempat 'ketuk' itu punch card sebelum bertukar kaler merah. Phew!

3 comments:

Fid said...

ohh anak2 ni mmg kalau ada ibubapa mereka mereka akan lebih gediks dr biasa hahahaaaa

rose zan rahim said...

dasat.. bukak kedai kt area c2..
jual pe ye?
msti massyyuukkkkk... heheh..!!

Unknown said...

kak fid: memang... sangat gediks kan? hehehhe

rose: jual genuine leather goods; wallet, belt. belt pompuan pon ada tp bukan leather lah. sila sila dtg okeh. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!