Hari ni abah kna admit ke hospital sebab suspect denggi. Kisahnya, ahad lepas abah demam lagi. Muntah-muntah dan/ cirit-birit. Mula-mula ingatkan gastrik coz dua hari abah tak makan. Takde selera katanya. Abah makan buah e. Tu pun sikit sangat.
Hari Isnin mama cuti coz jaga abah. bawa abah pi klinik, doktor bgi ubat sakit perut, garam bla bla. Pagi Selasa, abah mengadu pedih ulu hati. Mama search kat internet, pedih ulu hati ni boleh jadi gejala kepada macam2 jenis penyakit.
Mama risau. Mama ajk abah pi klinik lagi. Kali ni doktor terus suruh pi hospital. bah ajak pi Hospital Putrajaya.
Kat sana doktor ambil darah dan masukkan air coz abah dah terlalu dehydrated. Bibir abah kering, lidah pun kering!
Bila keluar keputusan ujian darah, nurse kata platlet abah rendah. Kena masuk wad. Mama sedih sangat. Kesian tengok abah yang lembik tak terdaya buat apa-apa.
Ikutkan hati mama nak je stay kat hospital tapi takde siapa nak jaga Imran & Irma. Kalaulah nenek ada....
Abah, kuatkan semangat ok. Minum air masak
No comments:
Post a Comment