Wednesday, December 24

Risau, Sedih dan Gelisah

Risau. Sedih. Gelisah.

Semuanya ada.

Mama risaukan abah. Ikut kata nurse semalam, platlet abah 16. Normal ialah 170 - 400. Biar benar! Rendah sangat-sangat tu. Second time ambil darah, platlet abah turun jadi 12. Mama risau sangat-sangat.

Mama sedih tengokkan keadaan abah. Tak bermaya. Lembik aje. Dah la takde siapa yang jenguk dia. Macamana la dia malam tadi. Tidur sorang-sorang takde siapa jaga dia. Entah dia haus ke, lapar ke. Lena ke tidur dia. Malam tadi mama asyik terjaga sebab dok terfikirkan abah.

Gelisah sebab memikirkan anak-anak yang demamnya on and off. Takut-takut kalau anak-anak pun terkena denggi jugak. Nauzubillah! Minta dijauhkan. Lepas tu, risau pulak esok. Esokkan cuti. Siapa nak tolong jagakan anak-anak masa mama pi hospital nanti? Takpe ke bawak diorang ni? Almaklum anak teruna mama tu jenis yang aktif yaamat. Karang kalau dikacaunya pesakit lain kan ke naya. Kacau means membuat bising dan menjerit-jerit la. Mengganggu ketenteraman pulak nanti.

Pagi ni mama pi jugak ofis sebab ada meeting. Tapi bos mama kata, ambil aje lah cuti. Kalau badan kat ofis fikiran kat hospital tak guna jugak. Huhu. So mama just datang ofis untuk update blog mama dan jugak mintak GL (guarantee letter). Mama ingat nak pindahkan abah ke wad kelas lain, yang elok sikit.

Abah, karang mama datang bawa 100 plus dan sup ketam. Abah mesti makan tau! Biar naik platlet tu. Kalau lama sangat kat hospital, siapa pulak nak jenguk-jenguk kedai abah tu nanti? Kalau abah lama-lama sangat kat hospital, siapa nak main dengan Imran dan Irma masa mama masak ke, mandi ke, uk-uk ke. Hehe. Kalau abah takde, siapa nak ingatkan mama siram pokok orkid kita yang makin membesar, hijau dan sihat tu? Abah, minum air banyak-banyak ok. I miss you.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!