Thursday, January 15

Barney vs Ultraman?

Semalam mama belikan DVD Barney untuk Imran. Well actually mama dan abah bagi pilihan, nak DVD Barney ke, Tom & Jerry (sebab abahnya pun nak tumpang tengok T&J, boleh gitu?). Banyak kali tunjukkan dua2 DVD, dia tetap nakkan Barney jugak! Hahaha.


Sampai rumah, mama pun pasangkan DVD tu sementara mama sibuk kat dapur & abah sibuk buat kerja kat PC.


Hm... adalah dalam setengah jam Imran terlongo depan TV. Lepas tu, Barney tah ke mana, Imran pulak tah ke mana. Tapi sempat jugaklah mama kemas dapur tu sikit plus kemas beg sekolah Imran & Irma.


Mungkinkah Imran nak tengok Doraemon atau Ultraman?


Oh ye. Sekarang Imran asyik buat aksi Ultraman. Tah dari mana dia dapat. Nak kata dia tengok cerita Ultraman, mama tak pernah bagi dia tengok kat TV, except masa balik rumah Mak Wan. Sebabnya, sepupu-sepapat dia semua nak tengok Ultraman.

Mama tak berapa suka Imran tengok Ultraman masa umur2 sekarang ni. Kecik sangat lah. Plus Ultraman tu ada sedikit violent. Tapi takdelah mama halang langsung. Sekali sekala tengok jugak. Lagipun Imran sendiri prefer tengok Channel 613.

Mama rasa Ultraman tu untuk budak umur 3 tahun ke atas ok kot.

Apa pendapat kawan-kawan?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!