Lupa nak cerita.
Taska Irma sediakan makanan untuk both babies and toddlers. Dulu sebelum hantar Imran ke sana, mama pernah tanya, sediakan food apa untuk baby? Dia kata bubur campur veggie, bubur campur ayam, bubur campur ikan bla bla bla. Tapi dia akan consider budak2 yang ada allergy ke apa. Thats why dalam borang pendaftaran tu ada ruang untuk tulis allergies apa yang anak kita ada.
And masa Irma mula-mula start solid dulu mama dah pesan, bagi bubur aje. Jangan bagi instant food ie Nestum. Sebabnya Imran CMPA so berkemungkinan Irma pun ada. (Padahal sebenarnya mama takmo le bagi dia instant cereal). Teacher nya dok angguk-angguk kata ok.
Semalam, masa hantar Irma, teacher nya kata, "Irma ni tak kuat makan ye. Memang taknak makan langsung." Mama agak terkujat la jugak dgn statement 'tak nak makan langsung' tu. Walaupun Irma makan sikit, dia tetap makan jugak.
"Tak makan langsung? Bagi dia makan apa?"
"Nestum." Arghhh....
"Oh... saya memang tak bagi dia makan Nestum sebab takut dia allergic macam abang dia bla bla bla.."
"Oh ye ke. Saya tak tau." FYI, teacher ni agak baru la jugak.
Mama senyum aje lah. Takpelah sebab dia baru. Tapi takkan la teacher lain tak bagitau?
Petang, masa amik Irma, mama tanya Irma makan apa hari ni?
"Dia tak makan apa-apa kak. Minum susu je. Susu ni tinggal lagi satu botol je."
"Bubur pun dia taknak?"
"Kat sini bagi Nestum je kak. Budak-budak lain semua makan Nestum. Bubur hari Isnin je."
Laa gitu pulak kisahnya? Yuran punyalah mahal, bagi Nestum aje kat budak2? Mama terpikir selama ni Irma dok makan Nestum tu, dia letak susu apa? EBM ke FM budak lain? Oh no no no!!!
"Tak pe lah. Lepas ni saya bekalkan sekali bubur untuk Irma."
Maka pagi tadi mama bekalkan bubur nasi dan carrot blended untuk irma. Huhu. Anyway, baguslah Irma refuse nak makan Nestum. Good girl!
2 comments:
loo nestum je.. punya la pemalas taska tu.. hehhehhe
lagi la senang buatkan bubur nasi campur sayur2 ke ayam2 ke.. yg utk baby.. blend je.. yg toddler tu telan le semua tu hehheh
saje menyampuk hehehhe
itulah cik rizza. adake patut bagi nestum je. sian anakku menahan lapar takmo makan nestum.
Post a Comment