Friday, January 23

Kisah Kucing

Beberapa hari yang lepas, abah menjenguk2 ke halaman belakang rumah yang semak tu. Ada la satu beg plastik sampah yang mama sendiri tak perasan sejak bila ada kat situ. Abah nak buang. Sekali tengok ada kucing baru beranak dalam plastik tu! Ada pat ekor anaknya. Hitam2 belaka! Maknya baka kucing siam. Sah2 bapaknya ialah kucing yang hitam berkilat ala alleycat yang mama nampak merayau-rayau kat area perumahan ni.

Semalam abah bagitau, dia tak nampak mak kucing tu jenguk anak-anaknya. Anak-anaknya ditinggalkan gitu aje. Ishh ye ke? Siannya la. Mama pi la jenguk plastik tempat anak kucing tu berlindung. Memang berempat ekor je dalam tu tanpa emaknya. Mama bagitau abah, kita pindahkan lah kucing tu masuk sangkar Mok dulu. Sian dia dalam plastik hitam tu.

Masa nak pindahkan anak-anak kucing tu ke dalam sangkar, mak kucing tu pon datang. Uish... garang seh mak kucing nih. Nak protect anak dia, takut kitorang buang kot. So abah letak je la sangkar tu kat belakang rumah, berisi anak-anak kucing tu.

Pagi tadi mama sesaja jenguk. Tengok2 sangkar tu dah kosong! Perati punya perati, rupa-rupanya mak kucing tu dah bawak anak-anaknya duduk dalam longkang! Alahai... nape la duduk dalam longkang? Tak sejuk ke? Mama tengok mak kucing tu mengigil-gigil. Tak tahu la kelaparan ke atau kesejukan. Tak sampai hati mama tengok.

Nak bagi makan, takde benda kat rumah ni. Kantoi! Haha. So mama bagi air ajelah.

Sebelum pi kerja, abah pi dapur. Abah ternampak kucing tu tengah angkut anaknya nak pindah tah ke mana. Agaknya dia pikir, orang ni sebok je asyik jenguk2 haku. Pindah lagi bagus! Ekekeke.

Harap-harapnya selamat la kucing itu bersama kesemua anak-anaknya.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!