Friday, January 2

New Year @ Alamanda

Tengah hari tahun baru, kami ke Alamanda untuk hantar barang-barang kedai abah yang telah diambil dari Tropicana. Lepas hantar barang, kami jalan-jalan satu mall. Takde beli apa-apa pun, jalan-jalan aje.

Mama singgah beli air mineral dan air kotak pink guava kerana teringin haus. Tapi disebabkan Imran dah nampak mama pegang air kotak tu maka dia pun nak. Berdasarkan rekod-rekod Imran sebelum ni yang membasahkan bajunya jika diberi minum kotak tanpa dipantau mama atau abah, maka mama tak jadi minum air kotak itu dan beri pada imran tanpa membukanya terlebih dulu. Konon-konon nak bagi Imran leka ajelah.

Di eskalator, mama berdiri di belakang abah sambil mendukung Irma. Imran pulak duduk dalam stroller yang dibawa abah. Tiba-tiba mama terbau bau tengik-tengik dan manis. Haish! Bau peluh abah ke ni? Hahah. Kemudian mama tanya abah, Imran buat apa? Rupa-rupanya dia telah berjaya membuka itu air kotak. Hoho. Habis basah satu badan, dengan tuala dan nursing cover mama pun basah sama. Stroller pun basah. Aduyai. Nasib baik la mama bawa baju extra. Kami pergi ke baby room dan tukar baju Imran.

Selepas penat berjalan tanpa shopping apa-apa kami singgah di A&W untuk mengisi perut. Mama pesan coney dog dan float. Masa makan, mama rasa itu hotdog teramatlah sejuk! Adeh. Macam baru keluar dari fridge. Jadi mama minta abah tanya. End up, mama dapat coney dog yang baru yang masih panas. Hehe.

Pulang dari Alamanda, Imran terlena dalam kereta. Oh ye, Imran telah berjaya tidur tanpa paci nya dah hampir seminggu. Yay! Dah tak perlu buai, tak perlu paci. Mama sangat happy.

Sabtu ni abah ajak jalan-jalan. Mungkin kami akan ke Taman Burung? Atau Zoo? Atau mana-mana taman? Atau mungkin jugak tak pi mana-mana sebab kena balik Cheras kemas rumah sempena nak sambut nenek yang baru balik dari haji nanti? Huhu. Let's wait and see aje lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!