Friday, January 2

Sambutan Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009.

New Year Eve, kami ke Tropicana City Mall selepas pukul 10 malam. Ye, mall telah tutup ketika itu. Kenapa kami ke sana? Untuk mengeluarkan segala barang kedai abah. Tak jadi nak bisnes di sana. Mall sana belum betul2 siap maka crowd adalah sangat sikit. Sewa pulak agak mahal kalau nak di-comparekan dengan jumlah crowd yang seciput itu.

Sampai kat sana, pihak management rupa-rupanya dah siap-siap bungkuskan barang-barang abah. Oh ye, semenjak abah masuk hospital hari tu, abah memang tak bukak kedai kat sana. Takde staff dan abah sendiri tak daya nak jaga. Jadi agaknya pihak mgt rasa bengang kot maka dibungkus-bungkusnya lah barang abah. Kehkehkeh. Tapi ketika abah tunjukkan lengannya yang dah macam tattoo tai ko ah long maka terkejutlah pihak mgt itu kerana lebamnya yang amat 'ungu'. <--- wah dah lama tak guna perkataan ungu.

Selepas pulang dari Tropicana, kami terus beli KFC di Petronas tepi Federal Highway sebelah UiTM itu. Maka kami menyambut tahun baru dengan memakan ayam KFC. Hehe.

Oh ye, Astro kami telah dipotong kerana lambat membayar (tak senonoh kan?) maka kami pakat-pakat pi beli DVD 4 in 1 di kedai DVD berdekatan rumah. Untuk Imran, abah belikan DVD kartun. Ada Kungfu Panda, Clone Wars, Wall-E dan apa tah yang lagi satu itu. Untuk abah, dia membelikan diri sendiri DVD Indiana Jones yang mengandungi keempat-empat movie-nya. Untuk mama, tah apa tah mama beli mama pun tak ingat.

Maka sebelum ke Tropicana itu kami pun pasang lah DVD Wall-E. Hasilnya, hanya mama seorang yang layan. Irma tidur, Imran dengan dunianya (read: 'mengemas' rumah) dan abah bermain games di laptop nya (udah-udah la games tu abah...).

Secara rumusannya, cerita Wall-E tu pada mulanya amatlah slow hingga mama pun ngantuk. Tapi lama-lama makin best pulak. Overall mama bagi 3 1/2 bintang.

Hingga kini astro masih belum di'hidup'kan kembali kat rumah. Huhu.

P/S: Abah, bila nak bayar bil astro nih? :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!