Monday, February 2

Gathering SI @ Tasik Shah Alam

Ahad lepas, akhirnya sampai juga ke gathering SusuIbu.com. Yeah! Mama bawak air kotak aje. Kihkihkih.

Dan pecah rekod jugaklah mandikan Imran dan Irma pukul 0730. Menjerit2 Imran kena mandi awal pagi gitu. Hehehehe.

Gathering amat best sekali. Ramai jugak yang datang. Food tak yah cakap la kan. Memang banyak dan sedap2 belaka. Tah berapa round mama makan. Haha. Kak Fid, pasta mu sedap sekali. En Abah siap tambah.

Imran pulak bila nampak playground kat situ, apa lagi... dok memanjat la. Tapi lepas dah syok2 panjat dia bantai pulak menangis. Sebab tak reti nak turun! Wakaka. Sabo je lah. Abah la yang penat kena dok jaga Imran.

Sayang sebab mama tak bawak kamera. Huhu.

Banyak jugak pengisian masa gathering tu. Pengisian perut pon banyak jugak. Ada ceramah berkenaan susu ibu dari Dr Shiha, cloth diaper dari Suraya (Lunatots) dan sling dari Shais. Tapi time sling tu mama tak dapat nak dengar la coz Imran dah ter-uk uk. Mama tengah dok terkial-kial basuh poo-poo nya kat toilet tasik tu.

Oh gathering ni jugak jadi Jejak Kasih untuk abah sebab terjumpa pulak kawan-kawan zaman sekolah dia dulu, Me_Czar dan hubby nya. Seronok la abah tu jumpa kawan lama.

And mama jugak bengang dengan diri sendiri sebab tak bawak extra money. Kalu dak boleh jugak beli CD dan sling. Ishhh.

Balik rumah, semua kepenatan. Pakat-pakat berdengkur sampai nak dekat terbabas Zohor. Kuikuikui. Tak senonoh.

Erm... kepada kawan-kawan yang attend gath ni, mama minta maaf ye kalau nampak macam sombong/diam je. Mama memang pendiam orangnya. Kehkeh. Segan pun ye. Almaklum orang lain pakai baju hijau haku bantai pakai baju itam.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!