Tuesday, December 15

Cuti-Cuti Langkawi 2

Kita berjumpa lagi. Meh layan lagi entri bergambar.


Hari ketiga gambar agak banyak. Hari kedua tu bateri kamera habis la pulak. Tu yang gambar pun ala-ala seciput je.



Pandangan dari bilik motel kami. Kitorang duduk kat AB Motel. Rasanya Fid pernah mention pasal motel ni. Actually kitorang takde booking pun. Main redah je. Tapi Alhamdulillah dapat jugak motel yang ok. Masa sampai sana tinggal satu je bilik.


Ada dua katil queen. So memang selesalah kami 4 beranak tidur situ. Cuma, tak tahulah bilik kitorang je ke atau semua bilik - takde remote control aircond. Sejuk wooo....


AB Motel ni kat Pantai Cenang. Belakang motel ni betul-betul ngadap pantai. Tapi kitorang tak berkesempatan pun nak mandi kat situ. Apasal tah. Padahal takde la ke mana pun.


Oh ye. Masa kami kat sana, kebetulan SIL yang baru kahwin tu pun honeymoon kat situ jugak. Tapi of course la dia duduk kat hotel yang best kan. Langkawi Lagoon ok. Sangat best bilik dia.


So bila dah sesama ada kat sana, kitorang share ajelah kereta sewa. Kami dapat kereta Nissan Sentra, RM130 sehari. Tak tahulah murah ke mahal. Tapi disebabkan share, maka ada penjimatan di situ. Ok lah tu kan.


Hari ketiga/terakhir, kami decide nak pi island hopping. AB Motel punya jugak. AB Marine namanya kalo tak silap. RM25/pax. Pi 3 pulau - Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar & Pulau Beras Basah.


Ni first time island hopping nih. Tu yang eksaited lain macam sikit. Hahaha.



Irma dan mak budak yang sangat gemok. Muahaha. Tak koser nak blur-kan muka. Kiranya ni tayangan khas lah untuk kengkawan. Hahaha. Masa ni tengah tunggu van yang nak bawa kami ke bot.



En Abah terchenta.



Ni gambar Pulau Dayang Bunting. Boleh nampak tak bentuk macam pompuan mengandung terbaring? Start dari kanan - kepala, breast, and perut. Nampak tak?



Imran yang... tak tahulah nak kata cuak ke, eksaited ke, ngantuk.



Konon nak posing manja dengan Irma. Tapi hasilnya macam posing tah hape hape. Irma pun tak sanggup nak pandang kamera. Sangat sepet mata mak selepas bukak spek. Oh sila abaikan double chin itu. Muahaha.



Sampai di Pulau Dayang Bunting. Nak ke tasik dayang bunting. Oh taklah jauh sangat tapi sebab kena panjat bukit turun bukit sambil mendukung budak serta tangan penuh dengan tuala Irma la, beg Imran la, kamera untuk posing manja yang tak jadi lah, maka sangatlah exhausted!



Dapat le bergambar satu family, walaupun Imran tak pandang kamera. Tengok tangan mak sentiasa memegang tuala, khas untuk Irma. Huahuahua. Oh gemoknya beta. Jua, kalau mak guna gambar ni untuk jadi calon Free Photoshoot boleh dak? :)



Catfish foot massage lah konon. Tapi sekor ikan pun tak sudi nak datang kat kami. Kami terlebih sihat kot.


Lihatlah peha Imran itu ye puan-puan. Gebus kan? Sama besar dengan betis bapak dia. Pejal weh betis dia. Keras! Jangan main-main. Hahaha.


Gambar ni pun saya suka gak. Ala-ala macam memori terindah gitu.




Di tasik Dayang Bunting. Air tasik ni tak masin. Miracle border katanya. Dikatakan wanita yang sukar mendapat anak elok minum/mandi air tasik ni. Entah betul ke tak. Wallahualam.




Ok. Sungguh huduhs gambar ni. Konon nak dapatkan angle macam gambar Irma semalam, tapi buruk la pulak. Anyway, mak letakkan jugak untuk tatapan korang. :P




En Abah buat iklan ubat gigi. Muahaha.




Mak budak yang kepenatan tapi masih posing kugagahkan-juga-untuk-sengih.


 
Ban nak air! Aus!




Eagle feeding kat Pulau Singa Besar. Ye, saya bukan photographer yang baik. Eagle nya halus seciput nun jauh di sana. Muahaha.




Saja amik gambar papan tanda. Bukti nih! Haha.




Imran selepas berendam dalam laut. Yang berdiri senget tu ialah En Abah.




Imran & En Abah (merangkap body guard Imran)




Lagi satu gambar sefamily. Imran cuma nampak kepala saje. Jadilah. Hahaha.
Belakang tu pelancong Taiwan kut. Friendly dan suka gelakkan Imran yang cheeky.


Ok lah. Itu saja. Saya baru dapat panggilan dari En Abah. Nak kena balik. Till then, tata!


Nota ZZ: Ya ampun nanti-nanti ku jawab segala komen-komennya ya!



10 comments:

Anonymous said...

salam kenal... besh nye ke langkawi...tp penatla nk menapak ke tasik dayang bunting tu..n takut dgn kera kt atas pokok tu...takut!!

Nadiah Sidek said...

comel rupanya mama imran & irma ni. pasni takyah blurkn gmbr lg ye ;)

Unknown said...

honeylanz,
salam kenal juga :). uhhh memang penat nak menapak ke tasik tu. lagi2 bila kena dukung anak sepanjang 'pendakian' tu. fuh. dan yes, kera yang over-peramah. pantang nampak orang bawak plastik, habis kena serang!

nadiah,
oho. saya memang 'chomel'. haha.

mirah said...

ya imran sgt sihat. Btw kami pun baru blk langkawi, entah-entah kita terserempak kat sana tp tak perasan kan.. hihi..

Fid said...

aku nAK PI langkawi lagi
aku nak pi pulau beras basah lagi!!!
bila???
tunggu duit terjun dr langit!

Unknown said...

mirah,
oh ye ke? duduk kat mana masa kat sana?

fid,
aku pun ingat nak kumpul duit nak pi lagi. hehe.

Nieza Ishak said...

baru la ku kenal sapa zety zin .. kihkihkih ..

takleh nak menyorok la dah pasni ni ekk zety.

Unknown said...

nieza,
hehe. 'selamat berkenalan'. hihihi.

Queenin Murni said...

bestnya.. kitaorg pi langakwi hrtu, tak pi pon island hopping..takut nak bwk si kecik tu naik bot.
tp, jeles lak tgk gambo korang ni.. :P

Unknown said...

QM,
ohh island hopping adalah best. mula2 takut jugak. tapi redah aje lah. haha. irma sampai tertidur-tidur atas bot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!