Wednesday, March 25

Dum Dum Dum!

Sejak dua tiga hari ini, production susu mama merudum! Merudum dum dum dum!

Ok. Demand dari Irma ialah dalam 20oz sehari (itu pun teacher dia asyik kata tak cukup!). Mama pulak lately ni hanya mampu produce dalam 10oz sehari, termasuk la kat rumah! Huhuhuhuhu. Disebabkan itu, maka dari sehari ke sehari stok EBM terpaksa dikeluarkan.

Status terkini stok EBM: zero.

Mampus!

Minum air longan sudah, hasilnya ada tapi tidak begitu meriah macam memula minum. Minum horlicks+oats juga tak membantu. B kiri terasa macam ada ketulan tapi bila dipam, hanya dapat dalam 0.5 ke 1 oz sahaja. Oh... sedih okeh! Sudah dituam dengan tuala panas suam tapi takde hasil. Masih ada ketulan tu, except selepas direct feeding.

Hari ni mama cuma mampu bekalkan 12oz untuk Irma. Mama tau sure tak cukup. Semalam pukul 4 petang teacher Irma call, bagitau yang susu Irma dah habis. Mama suruh ganti dengan solid. Teacher kata dah bagi tapi Irma muntahkan balik. Kesiannyaaa anak dara mama ni!

Argh. Takmo tension tension. Rileksss... Insyaallah rezeki untuk Irma masih ada.

Hm... kalau dah sampai tahap kritikal, takpe ke kalau mama tambahkan susu soya untuk Irma eg Melilea (ejaan?) tu?

Kepada kawan-kawan yang lagi banyak pengalaman dari mama ni, ada apa-apa cadangan?

Tolong!

2 comments:

Fid said...

biasa le tu
pam pam pam.....

sayangibu said...

masa supply merudumdumdummm dulu,ku amik fenugreek, supply up blk dan maintain hingga kini. ku berterusan amik fenugreek. btw..kena upkan pumping jua lah mcm fid kata...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!