Wednesday, March 25

Irma@10 months.

Semalam Irma genap 10 bulan. Mari kita tulis taip development dia. Sekadar catatan memori mama untuk anak-anak mama.

Saiz
Sekarang Irma masih lagi kiut miut. Beratnya mama tak sure. Tapi baju umur 0-3 months masih boleh pakai, cuma ketat sikit ah. So, sekarang sudah simpan semua baju NB itu dan tukar isi almarinya ke baju-baju 6-12 months pulak. Owh, gedobos la pulak anak dara tu pakai baju saiz gini. Ekekeke.


Makan Minum
Alhamdulillah, Irma masih menyusu badan. Satu achievement yang sangat-sangat besar buat mama.

Seperti yang mama mention pada entri sebelum ini, Irma makin kuat menyusu. Sekarang minum dalam 20oz sehari, which is mama sangat happy sebab kuat menyusu = berat badan bertambah, Insyaallah. Cuma, demand dah cukup tinggi, supply pulak low. Huhu. Rilek Zety, rilek. Jangan panik. *Tarik napas dalam-dalam*

As for solid, Irma tak berapa suka makan bubur yang diblend halus dah. Suka makan yang kasar-kasar.


Progress
Irma dah boleh mula berdiri sendiri tanpa perlu pegang apa-apa. Takat 5, 10 saat. Hehe.

Oh, anak dara mama ni sangat la aktif. Dalam kereta takmo duduk dalam carseat. Nak berkepit bawah ketiak mama dengan mama sentiasa. Tapi tak reti laaa nak duduk diam-diam. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Nasib baik la ko ni kiut Irma. Kalau gagah perkasa (pinjam ayat Fid) macam abang Imran, harus naik segala muscle mama.

Sudah boleh sebut "maa maa, baa pak (bapak? ikut abang Imran la ni!)

Dah pandai mengamuk kalau kita ambil barang yang dia pegang. Ni esp kalau abang Imrannya ambik la.

Suka menari bila dengar lagu 'Hotdog' from Mickey Mouse Clubhouse tu. Even kalau abahnya nyanyikan lagu tu pun dia boleh goyang-goyangkan badan.

Gigi masih 2 batang. Fuh. Takpelah kalau tumbuh lambat sikit pun. Sebab Irma rajin geget B mama. Huhu.

Suka kalau kita bacakan buku untuk dia. Dia boleh fokus dengan agak lama.


Okeh la tu kot. Karang letak banyak-banyak muntah pulak orang baca. Macam la mama sorang je ada anak. Hahaha.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!