Wednesday, March 25

Zaman Sekolahku...

Menjawab sahutan dari Arnie, saya teringat zaman sekolah saya.

Dulu semasa di Tingkatan 1, saya dapat tawaran ke asrama under Yayasan Sel.angor. Bersekolah di sekolah perempuan di Klang. Duduk pula di asrama pusat, di mana pelajar-pelajar Yayasan ini dihantar ke beberapa sekolah harian terbaik di sekitar Klang kekdahnya. Di asrama bercampur lelaki dan perempuan.

Di sekolah, seperti yang sedia maklum, semua pelajar adalah perempuan, manakala cikgu lelaki hanya seorang (masa saya tingkatan 1). Ya, penasihat Kelab Renang di sekolah (kemain tau cikgu laki jadi penasihat kelab renang). Beliau amatlah terkenal di seluruh sekolah, walaupun sudah berumur. Maklumlah satu-satunya guru lelaki di sekolah tersebut. Saya gelarkan beliau Cikgu S di sini.

Oh, maaf. Ada juga guru lelaki lain di sekolah itu. Guru kelas saya ketika di Tingkatan 1. Beliau meninggal semasa saya baru saja menginjak ke Tingkatan 2. Mendiang guru saya ini (beliau berbangsa Cina) sangat baik dan pandai menulis jawi.

Semasa saya tingkatan dua kalau tak silap, ada la sorang guru baru, lelaki Cina yang mengajar di situ. Saya gelarkannya 'Cikgu Tadika' kerana rupanya yang amat innocent dan... muda. Kehadiran beliau ke sekolah saya umpama satu tsunami, kerana beliau amat amat amat glemer ketika itu. Ye lah, Cikgu S sudah tua berumur, sedangkan Cikgu Tadika ini sangat muda. Saya rasa umurnya dalam 20 gitu. Kelakar bila diingatkan balik sebab Cikgu Tadika ini pada saya takde la hensem pun. Cute pun tidak. Tapi menjadi pojaan hati hampir semua pelajar (tidak termasuk saya). Itulah akibatnya kalau jarang nampak kaum berlainan jantina kat sekolah.

Teringat pula ketika saya buat projek sejarah. Masa tu buat projek berkenaan sejarah sebuah sekolah lelaki di Klang. Saya dan kawan2 se-projek kenalah ke sekolah tu. Masa kami sampai, rasanya hampir semua budak-budak laki menjengukkan muka ke luar kelas semata-mata nak tengok kami. Kahkahkah. Sungguh jakun mereka, dan sungguh mak terasa femes masa tu. Perasan!

Berkenaan hubungan sejenis, yahhh memang saya akui ramai yang terjebak dalam kisah-kisah begini kalau bersekolah di sekolah sejenis. Seperti yang saya bagitau, maklumlah, jarang jumpa kaum lain. Lebih-lebih lagi ada sesetengah pelajar yang mukanya macho dan hensem gitu, walaupun namanya ada 'binti'. Pakai pula bengkung di bahagian dada, dan berpakaian ala-ala macho, ber-cap bagai. Memang nampak oh-so-menawan-macho-dan-hensem. Serius. Nama pula berbunyi seperti lelaki. Hafizah jadi Hafiz contohnya. Lagak juga seperti lelaki. Berambut pendek dan gaya jalan dikengkangkan sedikit. Memang sebijik macam lelaki!

Tapi bukanlah semuanya terjebak. Memang ada sesetengah darinya punya gaya begitu. Tapi hakikatnya masih punya naluri sebagai perempuan.

Ada juga kenalan yang saya tahu terjebak dalam hubungan cinta sejenis. Bukan setakat dengan mereka yang hensem dan macho sahaja (pengkid), dengan yang jambu dan ayu (lesbo) pun ramai. Siap ada yang bergaduh-gaduh bagai sebab kononnya A rampas B dari C dan sebagainya.

Yang seronoknya sekolah sejenis ni, dressing code tak begitu ketat. Semasa di makmal contohnya, atau di kelas, kalau cuaca tengah panas, dengan selambanya kain disentengkan, lengan baju disinsingkan (ejaan?) Ekeke. Tak payah control ayu. Cakap juga kuat-kuat, tak control suara (macamlah mak kontrol suara depan lelaki. hoho).

Ah... zaman sekolah ku.

Nak hantar anak ke sekolah co-ed atau sejantina? Hmmm.... mak belum pikirkan lagilah. Rasanya better hantar yang co-ed kot. Pendapat mak lah. Tapi.... kisah budak2 zaman sekarang menakutkan kan? Sekolah rendah pun dah pernah merasa sek.s. Takut mak. Patutkah HS kan aje anak-anak kita? Huhuhu. Persoalan yang harus difikirkan.

Nota: Mak tak pernah pun rasa jakun bila tengok lelaki masa sekolah kat sini. Mungkin sebab kat asrama bercampur laki pompuan. So, nak jakun kan apanya kan.

Nota 2: Ini hanya kisah pengalaman mak. Lain orang lain kisahnya ye.

Nota 3: Mak sekolah harian, so bebudaknya bukan semua duduk hostel. Kalau SBP mungkin la terkawal kots.

8 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Zety,
Thanks explain pjg lebar kat sini... Td sbnrnya mmg nak tanya, sbb tak faham kata sekolah sejenis, tapi asrama campur (ader hostel for boys)... Now dah clear...

dan, terlebih2 clear dgn your very own experience tuh.. mekasey! =)

Opie said...

ohhhh...kite satu asrama & satu sekolah rupenye yer zety..ekekekeke...dan satu dorm ketika kite form 2...dorm kekwa yg sgt happening..ekekekeke

Unknown said...

Arnie: aiseh. mak terlebih bebel ke nyah? :P

opie: uhh dorm kita memang sangat happening okeh! teringat zaman jual sandwich dari dorm ke dorm. oh dan jugak tolong pakcik burn jual burger.

Nana said...
This comment has been removed by the author.
Nana said...

Encik S?
Yg tangkap ular tu ke?

Woi, Salleh eh nama dia?
AHAHAHA..
saje nk pecah rahsia.

Unknown said...

nana: ahahahaha. iye. itulah 's' yang kita cari. kekeke.

Nana said...

HAHAHAHAHA..

Encik Salleh, bak kata Yusniwati, mmg hero Convent sey!

Balik skolah je, korg ni ada je citer pasal Encik salleh.

Sampai la dia pun terkenal di MGS.
HAHAHAHAHA..

Unknown said...

amboi... sampai MGS dia terkenal. kelesss kooo cikgu aku tuuuu
hahahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!