Thursday, March 26

Legaaaaa

Berikutan daripada kepanikan saya berkenaan hal ini, maka saya YM dengan Puan Kamariah, LC di Susuibu.com

Hasil luahan perasaan saya pada beliau amatlah positif.

Untuk memendekkan cerita, kata beliau, secara puratanya bayi memerlukan 8-12 kali waktu susuan untuk mendapat cukup susu.

5 -6 kali (waktu penyusuan Irma di rumah) boleh dianggap bayi mendapat lebih kurang 3/5 dari keperluan kalori sepanjang hari. Oleh itu, baki kalori yang diperlukan adalah lebih kurang 2/3 sahaja sewaktu zety keluar bekerja.

Kesimpulannya, saya tidak perlu merasa risau dengan keadaan Irma yang tak cukup bekalan susu itu.

Kata Puan Kamariah lagi, seringkali berlaku salah tanggap terhadap keperluan bayi. Disebabkan kebanyakan bayi di bawah umur 2 tahun (yg kebanyakannya minum susu formula) hanya bergantung kepada susu sahaja – kurang makan, maka penjaga berpendapat bayi tidak boleh survive jika tidak minum susu.

Sedangkan bayi yg minum susu ibu sudah bersedia untuk memulakan pemakanan biasa sejak umur 6 bulan. Oleh kerana keperluan kalorinya boleh dipenuhi dengan makanan selain dari susu – berbeza dari bayi hanya minum susu formula (memang tak minat dengan makanan – less taste bud)

Ahhh... lega hati saya.

Balik ni saya akan minta balik susu formula yang saya bagi tadi.

Terima kasih Puan Kamariah atas nasihatmu. Menceriakan saya hari ini!

Yay!

9 comments:

cysev3n said...

nak ID dia bley? mak pun nak tanya something.. heee..

lia said...

mksud nyer kalau skng anak minum kat BS/nursery dlm 5botol, tp kita tolak jadi 3-4botol ebm shj, should be ok ek?

sbb aku soh BS amsyar potong satu botol ebm... so dia consume 3botol jer since this week & feedback dari BS, amsyar ok jer cuma dia yg kesian sbb mcm kena catu susu utk amsyar (err aku pon ksian tp aku rasa mcm aku wat benda betul)

g satu, perlu ker gantikan ebm yg d potong dgn snack? may b raisin, bread etc? he3... jadi LC aku jap yer...

~ As ~ said...

zety, nnt update lg ye... nak tau jg ni, nak belajar dari skrang..

Unknown said...

CY: ID dia kamsaz

lia: asalkan anak kita cukup dalam 8-12 kali waktu penyusuan, Insyaallah cukup. kalau rasa kesian takut lapar, bagi dia makan. ini yg aku paham le.

as: insyaallah.

me_czar said...
This comment has been removed by the author.
me_czar said...

Good info! Thanks beb.

cysev3n said...

thank you for her ID :)

sayangibu said...

Alhamdulillah..good info zety...jadi x perlu tension2 lagi kan...:)

Mommy Harith Hannah said...

Zety,
saya sejak tak boleh nak produce byk susu & stok berkurangan, saya cut EBM baby from 4x4oz to 3x4oz daily... Balek jer umah, terus terkam (paksarela) baby suruh minum... ekeke... alah, dier pon rela jer kena terkam dgn mak dier... :p

Then, saya notice, sbb dah tak perlu pressure2 nak kena hasilkan more than 15 oz daily, EBM producton mcm improve sket... sbb tak stress kot... Alhamsulillah!

So now, kdg2 boleh supply 3x(4-5)oz... Kdg2 kalau dpt 10oz shj pon, saya tetap bagi 10oz shj, kuatkan hati taknak guna stok... Then saya perasan, baby dah nak makan solid byk sket + minum air masak... Dah tak sembelit lagi... Settle masalah 2 in 1 -> mak baby tak pressure kena pam byk2 + baby dah tak sembelit sbb nak minum air masak...

p/s: ampun, pjg berjela komen... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!