Tuesday, March 3

Muntah-muntah dan Slipped Disc

Ingat tak cerita pasal Imran jatuh kat sini?

Semalam Imran muntah-muntah. Mula-mula masa kami pi keluar makan malam. Entah kenapa tiba-tiba je dia muntah. Banyak pulak tu. Habis semua susu yang dia minum keluar.

Lepas tu, 2nd time dia muntah masa tengah malam. Terjaga dari tidur, biasa la dia nangis-nangis. Mama pun buat la susu. Imran nangis tak hengat punya la. Agak dahsyat dari biasa. Bila mama datang nak bagi susu, Imran masih menangis-nangis sampai terbatuk-batuk. Then, bluekk!! Terus muntah! Disebabkan dia muntah masa baring, muntah tu tersembur ke atas dan jatuh balik ke muka dia. Habis la muka dia penuh dengan muntah. Kesian sangat. Baju tak payah cerita la kan. Memang penuh dengan muntah. Abah pujuk-pujuk Imran, tukarkan baju semua. Tak lama lepas tu dia pun tidur.

Mama dengan abah dah agak risau dah. Mungkinkah sebab dia jatuh hari tu? Tapi dah lebih 24 jam. Ada kemungkinan ke muntah-muntah tu ada kaitan dengan 'kejatuhan' tu?

Untuk hilangkan rasa risau dan ragu-ragu, hari ni abah akan bawa Imran ke klinik. Harap-harap anak mama tak apa-apa la gamaknya.

Pasal abah pulak, sejak akhir-akhir ni abah selalu sakit, cramp kat bahagian peha. Especially kalau dia nak angkat benda-benda berat (read: Imran). Tetiba je sakit abah menyerang sampai abah tak boleh nak berdiri. Hari tu pi klinik doktor kata mungkin kena slipped disc. Tapi kena la X-ray dulu untuk confirmkan.

Mama dah pesan kat abah supaya pi klinik cepat-cepat. Tapi... tadi masa mama call abah still belum pi klinik. Cepatlah pergi abah! Jangan biarkan sakit tu melarat. Weekend ni kita nak cuti-cuti Malaysia tau! Ekeke.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!