Akhirnya, kuturutkan jua ajakan En Abah untuk ke Genting. Ngehngehngeh.
Bangun pukul 530 pagi. Semangat betul! Hari bekerja pun tak bangun awal macam ni. Kejutkan Irma, siapkan dia. Pepagi buta dah kena mandi itu budak ticit! Tapi dia tak kisah sangat coz mandi air suam kan. Rilek je. Lepas dah siapkan Irma, turn Imran pulak. Haaa tang si abang ni payah sikit. Susah benor nak bukak mata. Tapi mama paksakan jugak. Takkan nak pi Genting dengan busyuk masyam gitu? Apa lagi... meraung la anakku itu bila dipaksa mandi. Haiyo. Mandi air suam pun mau nangis ka?
Pukul 7 kami bertolak. Beli KFC untuk breakfast (dan break fast - buka puasa KFC kohkohkoh). Jumpa Ayong dan lain-lain kat petrol pump BP. Pastu berhenti pulak kat on the way naik itu Genting, makan bekalan yang Mak Ngah dan Mak Yang bawa dari rumah. Mama tak masak apa-apa pun. Maluuuu.... Hahaha.
Alkisahnya masa berhenti makan tu, Imran panjat tembok ni. Memula ok je. Berdiri atas tembok tu lama la jugak. Tetiba, tengah dia syok makan, tetiba aje dia jatuh tergolek. Siap buat summersault (ejaan?) lagik. Kepala landing dulu atas tanah, pastu tergolek terlentang. Dapat imagine tak? Mama terkejut tak sempat buat apa-apa. Apa lagi, meraung sakan la Imran.
Mama terus dukung Imran untuk redakan dia. Tengok kat dahi ada luka sebab jatuh atas simen yang ada tanah dan batu2 kecil. Pastu, ada pulak luka betul-betul kat tepi mata sampai la kat batang hidung. Kesiannya anak mama. Abah pulak dah risau takut2 apa2 jadi kat kepala/tengkorak. Mama bagitau abah, kalau dia tak muntah atau selera makan ok, maknanya ok la tu. (Betul kan?)
Lepas Imran dah reda, kami teruskan perjalanan ke puncak. Eceh macam menuju puncak AF pulak. Haha. Sampai atas dalam pukul 10 pagi. Masuk kat Indoor. Orang lain semuanya nak masuk Snow World (yeke nama dia ni ek?) tapi Imran dan Irma tak cukup syarat la pulak. Hanya budak berumur 3 tahun ke atas je yang boleh masuk. So mama dan abah bawak Imran dan Irma naik Ferris Wheel.
Dah tua-tua ni rasa gayat la pulak naik Ferris Wheel tu. Hoho. Memula ingat nak beli tiket untuk Indoor. Tapi last-last beli tiket pay-per-ride la pulak. Sekali naik, RM8 sorang. Imran dan Irma FOC. So, sekali naik RM16. Lepas naik Ferris Wheel, naik Venice Gondola pulak. Another RM16 sudah terbang. Abah kata, ish, macam membazir je kan?
Last-last kami decide untuk beli tiket outdoor. RM38 per adult. So terbang lagi RM76 di situ. Kami berjalan kaki ke outdoor. Berjalan sambil mendukung budak-budak amatlah exhausting. Ditambah pulak dengan rasa-haus-tapi-nak-beli-air-mahal-nak-mampos. Bayangkan, air tin RM4! Air Ribena botol tu RM5.80! Buah potong RM4! Ohhh sungguh mak tak sanggup nak bazir duit. Sanggup tahan haus tuh!
Kat Outdoor, mama dah bagitau abah, assume sekali naik RM8, so kena naik sekurang-kurangnya 5 mainan untuk menjadikan tiket tu berbaloi. Haha.
Mula-mula naik Antique Car. Time ni mama nenen Irma dalam kereta tu. Hihi. Pastu naik train pulak. Lepas naik train, berjalan kaki satu taman tu. Abah bawak Imran naik Astro Fighter. Lepas tu naik cawan apa tah. Yang pusing-pusing tu. Sebelum naik cawan tu, mama dah pesan kat abah, jangan pusingkan cawan tu laju-laju, nanti mama migrain. Tapi once dah naik, abah pun naik syok dan pusingkan cawan tu laju-laju. Arghhh!!! Terus mama rasa nak termuntah okeh! Abah ni... tak aci tau! Masa mama tengah menaip ni pun dok terbayang-bayang lagi cawan tu. Straight mama rasa macam nak migrain nih!
Lepas naik cawan tu, mama dah penat gile plus pening2 lalat. Bukan penat bermain, tapi penat berjalan! Kalaulah pihak Genting Highland ni sediakan shuttle bus untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kan bagus. Bukannya kecik theme park tu! Penat woo. Dah la sambil mendukung Irma yang tengah syok tido. Ok, salah sendiri sebab lupa nak bawak stroller. Huhuhu.
Last yang kitorang naik ialah monorail aka keretapi ulat bak kata sepupu Imran. Punya la slow monorail ni. But at least boleh la mam rehatkan kaki kejap. Dia round satu theme park tu. Kat indoor pun dia pi. Lepas habis monorail, terus kami balik. Tak larat seh. Tapi mama geram je tengok mainan-mainan lain. Syoknya kalau dapat naik. Apa nak buat, tak sesuai untuk budak kecik. Siapa pulak nak pegangkan diorang kalau mama naik?
Sampai Shah Alam dalam pukul 4 lebih. Giler penat lah. Kenduri apa semua tak pergi. Tak larat sungguh. Nana, kuminta maaf tak pergi ke kendurimu. En Abah sampai terlelap masa bawak kereta. Kalau aku pi jugak, takut eksiden je tengah jalan nanti.
Konklusinya, lenkali pi Genting silalah bawa makanan sendiri siap2 kalau takmo keluar duit banyak. Sebab harga makanan amat tidak munasabah. Sila bawa backpack besar2 untuk isi air masak/100 plus. Hehe. Dan sila jangan pakai heels.
Minggu ni nak Penang pula. Cuti-cuti Malaysia sungguh!
P/S: Gambar akan diupload kendian.

3 comments:
lame dah tak pegi genting...sejuk tak genting skrg??
zety, gi penang nnt jgn lupe singgah night market kat batu ferengghi...best...macam2 ada...hehehhe..dan makanan2 yg sgt sedap di penang...cuma jalan je yg memeningkan kepala..huh
ko x jupe nora ke?
ye pn de family day k genting gak..
Opie: Tak sejuk punggg... Biasa-biasa aje. Owh pasal pi Penang tu, aktiviti adalah tertaluk kepada ayah aku. Akanku roger kan kat dia pasal pasar malam tu. Hehe.
Rose Zan: Oh ye ke? Takde pulak aku terserempak. Genting tu dah besau sangat sekarang ni kan? Penat mak.
Post a Comment