Tuesday, March 3

Cerita CD Lun*atots

Erm... takde la cerita hape pon. Cuma kan ke hari tu mama ada beli CD untuk Imran dan Irma masa mini gathering yang tak berapa mini kat Taman Tasik Permaisuri tu kan. So... mama dah try pakaikan pada both of them.

Tapi....

Tak sempat ku nak tahu tahap ketahanan dan ke'absorption'nya sebab elok je mama pakaikan kat Imran, dia uk-uk. Second time pun macam tu. Baru je dalam 15 minit pakai, dia sudah 'melepas' daaa....

As for Irma, dia mengalami kebocoran setelah 2 jam memakainya. Huhu. Sebab apa tau? Sebab baru je sekali basuh mama dah pakaikan CD tu kat Irma. Kes tak reti sabor le nih. Hahaha. Patutnya kena basuh at least 3 kali kan? Plus, mama rasa macam agak susah le nak agak saiz Imran dan Irma kalau guna snap tu. Kalau guna velcro senang sikit. Imran still ok lagi tapi untuk Irma mama tak sure la mama pakaikan longgar ke atau muat-muat. Kalau mama try butangkan lagi dalam, macam sempit la pulak. Tak bernafas pulak budak ticit tu nanti.

Takpe takpe. Hari ni Insyaallah CD tu kering dijemur. Malam ni untuk pukul 7pm-10pm boleh la mama test lagi sekali CD tu.

Imran, lepas ni tunggu 3 jam baru uk-uk tau, boleh? Ngeee...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!