Tuesday, April 21

Birthday dan Kisah Cik Cen

Ohhh mama sekarang tengah sibuk mencongak. Berapa la agaknya peruntukan yang diperlukan untuk bulan ini. Maklumlah, nak sambut birthday anak-anak mama. Dua-dua pulak tu! Nak menyambutnya, kena kat dua tempat. Satu kampung mama, satu kampung abah. Hoho. Yelah, barulah adilkan. Nak buat kat rumah sendiri... err... nanti dululah. Rumah sangat bersepah dan tidak organize! Segan mama nak ajak orang datang rumah. Takut-takut karang ada yang pengsan pulak. Hahaha.


Ok. Udahlah nak menyambut kat dua tempat. Ni mama dok terpikir nak menyambut birthday dua budak bucuk ni kat taska diorang. Alah bukan sambut apa pun. Takat bagi cupcakes dan goodies bag sorang satu kat kawan-kawan diorang. Tapi masih dalam perancangan lah. Tengok lah bajet macamana. Bajet sangat-sangat ketat sekarang ni.


Oh ye. Bercakap pasal rumah. Sudah dua minggu mama dan family menumpang rumah nenek kat Cheras. Sudah dua minggu jugak la mama berulang Cheras-Shah Alam. Bukan apa, abah sibuk buat kertas kerja dan perlukan masa bersendirian. Oh, sesiapa yang baca entri mama masa mama private kan blog mungkin tahu. Takpe tak penting.


Yang mama nak cerita ni, lately ni, ada Cik Cen yang sudah berani masuk rumah! Haiyo! Mama amatlah tidak suka binatang-binatang asing datang menyinggah ni! Mencik tahu!


Orang tua-tua kata, letak daun kucai kan? Oh mama dah letak. Busuk satu rumah bau daun kucai! Jangan kata Cik Ti mahupun Cik Cen, mama pun rasa macam nak keluar je dari rumah tu.


Tapi....


Nampaknya Cik Cen ni either tak paham bahasa ataupun dah terlalu advance. Tak makan saman langsung! Semalam abah singgah rumah. Buat kerja kat rumah sementara tunggu mama balik dari ofis. Abah kata dia dengar bunyi-bunyi tapak kaki Cik Cen berlari keriangan ke sana ke mari hokeh! Arghhh!!! Nyampahnya!!!


Apakah petua lain yang ada? Oh no. Jangan suruh saya pasang perangkap tikus sebab nanti tiada siapapun antara mama atau abah yang sanggup memungut perangkap yang dah berisi! Oh no no no no!



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!