Thursday, April 23

Merapu saja

Perjalanan ulang-alik Cheras-Shah Alam memang memenatkan. Bukannya jauh sangat pun. Tapi jemnya tak hengat! Ditambah pulak memikirkan duit yang keluar bagaikan air yang mengalir dari wallet mama semasa mengisi petrol dan membayar tol. Huhu. Memang penat rasanya.


Siapa yang lalu NPE kat sini? Sekarang ni kalau masuk dari Federal Highway dekat-dekat Kampung Medan tu, fuhh... jem boleh tahan ye? Maklumlah tol dah takde. Dah free. Semua pakat-pakat lalu situ.


Mama tak pasti la orang lain macamana tapi mama rasa sangat la exhausted nya. Mungkin kalau orang lain takde la rasa sepenat mama kot. Or mungkin jugak orang lain laagii penat tapi mama ni pulak lelebih ngomelnya. Heh.


Bila dipikirkan balik, orang lain lagi la. Kejar LRT, Komuter dan macam-macam public transportation lagik. Pastu bersesak pulak dalam LRT bagai tu. Lagi la kan. Mama ni naik kereta pun nak kecoh. *Insaf*


By the way, dek melayankan sangat penat mama yang tak seberapa tu, lepas Maghrib semalam mama terus tergolek atas katil. Amboi... mentang-mentang le duduk kat rumah nenek, ada orang tolong tengokkan anak-anak, ambik kesempatan pulak ye. Huh.


Pukul 10 bangun, mandi dan turun bawah. Kononnya nak main dengan anak-anak. Nenenkan Irma kejap. Lepas tu lepak la atas sofa. Entah bila mama pun tak sedar, tau-tau je mama dah zzzzz.... aiseh. Serius tak sedar. Tetiba je abah kejut mama suruh naik atas. Terpisat-pisat le hamba.


Kesian anak-anak mama. Takpe. Malam ni mama qada' balik ye. Oh pagi tadi disebabkan terover dose tidur nya, mama bangun dengan mata yang begitu segar sekali. Hoyeh. Thanks to aunty dilah dan nenek yang sudi jaga Imran & Irma masa mama tidur. Hihi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!