Thursday, April 30

Saya Juga Sudah!

Oh semalam saya bertekad untuk pergi ke warehouse sale itu.


Dan saya berjaya membeli 4 buah buku untuk saya, 1 (je) untuk anak-anak, 3 untuk En Abah.


Jadilah, memandangkan bajet saya yang begitu ketat. (Kan mak kena prepare nak sambut birthday budak-budak ni kat TIGA tempat... huhu)


Kenapa satu je buku untuk anak-anak?


Sebab...


Pertama, saya tak boleh beli buku yang guna kertas biasa. Buku cerita contohnya. Sebabnya, nanti jangkahayat buku itu mungkin hanya bertahan takat seminggu sahaja. Pembaziran di situ kan? Hanya board book yang sesuai.


Kedua, buku cerita sudah banyak di rumah.


Ketiga, activities book belum sesuai lagi buat anak saya. Dia belum tahu menghargainya. Niat di hati memang teringin nak perkenalkan buku-buku aktiviti pada anak tapi memikirkan nanti buku itu akan dikoyak-koyakkan, maka saya tahankan dulu niat saya itu.


Kalau ikutkan meroyan saya, nak aje saya belikan kamus bergambar yang bermacam jenis kat warehouse sale itu. Nak aje saya belikan berpuluh-puluh lagi buku kanak-kanak yang sungguh-sungguh menarik di mata saya. Ahhh... tunggulah mama ada duit ya Imran & Irma.


Saya tahu, kenapa nak kedekut dengan anak-anak?


Tapi, bukan niat saya begitu. Bajet saya ketat, sangat ketat. Membeli buku yang tak mungkin akan dibaca/dilihat oleh anak-anak saya pada masa terdekat ini adalah amat tidak sesuai dengan poket saya.


Inilah entri untuk menebus rasa bersalah saya sebab tak dapat belikan buku yang hebat-hebat untuk anak-anak. Huhu.


P/S: Kenapa takde novel-novel Melayu dan buku-buku keagamaan (Islam) kat sana ye? Buku agama lain banyak pulak.


3 comments:

me_czar said...

Saya pun macam nak gi. Tapi bulan lepas dah melabur kat PBAKL. Harus bulan ni berhemah sikit bila berbelanja. Kena dulukan yang betul-betul perlu. Huwa...

Unknown said...

salam Zety,
anak2 kakyong.. buku kulit keras tu pun abis juger, koyak dikerja kan anak2.. so la ni stop dulu beli buku..

Unknown said...

Me_czar: Uih memang tensen tak dapat beli buku2 kat sana. Nafsu mebuak2 tapi poketku kosong. Huuu

Kak Yong: Sama la jugak. Cuma kalau boardbook tu lama sikit la jangkahayat dia. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!