Wednesday, July 29

Atas! Atas!

Hari Isnin lepas, Imran telah tergedik-gedik menaiki tangga untuk mencari Atuknya. Lepas mendaki separuh jalan, terdengar Imran menangis, no, meraung kuat gila.


Mak saya jadi panik, terus meluru naik tangga. Sampai kat tengah-tengah tu, tengok Imran tengah menangis ketakutan. Mak saya pun tanya la kenapa.


"Atas! Atas!" Sambil tangan Imran tunjuk something.


Tau dia tunjuk apa?
























































Cicak!


Ye, anak saya penggeli cicak, lipas dan jugak semut!


Mak saya tanya la, "Besar ke kecik cicak tu?" sebab mak saya tak nampak pun mana cicaknya.


"Btar! (Besar!)" sambil mendepangkan tangan.


Mak saya pun tengok-tengokkanlah sekeliling tu.


Jumpa anak cicak kecik cenoet aje. Alahai. Besar lah sangat ye Imran? Hahahaha.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!