.
.
23 Mei, 2008.
Hari ni EDD saya. Tapi masih belum ada tanda-tanda nak terberanak. Ouh. Sakit pun takde. Air ketuban masih ok, that bloody show masih belum menunjukkan tanda.
Kali ni saya masih memilih untuk bersalin di Poliklinik Syahirah, tempat saya melahirkan Imran dulu. Kalau ikutkan perancangan asal, saya akan bersalin di sebuah hospital yang agak terkenal berdekatan dengan rumah mak saya. Tapi saya kenselkan pada saat-saat akhir. Kenapa?
Pertama, nak check-up kat sana sangatlah time-consuming. Dah nama pun terkenal kan. Ramainya lah ibu-ibu mengandung yang menunggu giliran. Saya tak sanggup nak ambik cuti banyak kali. Segan dengan bos, sementelah saya pun baru berpindah ke ofis itu.
Kedua, doktor di hospital itu cadangkan supaya saya ambil ujian untuk kencing manis sebab katanya berat saya dah lebih 90kg. Tapi sebenarnya saya takdelah naik banyak sangat. 8kg aje. Ye saya gemok, saya tau. Kena buat jugak ke ujian tu? Hm, buat aje lah. Resultnya? Negatif. Saya sihat. Bila doktor di Poliklinik Syahirah check, (ya, saya pi check-up kat dua tempat. ngengada kan?) dia terkejut bila tengok buku rekod yang saya kena buat ujian kencing manis tu. Katanya, sepatutnya kena tengok sejarah berat badan saya. Saya memang berat, bukannya berat yang meningkat mendadak. Masa tu saya dah tawar hati sikit nak buat check-up kat hospital terkenal tu.
Ketiga, bayaran yang bagi saya, agak mahal di hospital itu. Kalau ikut pada pamplet nya, katanya masa first time je mahal, then agak murah sikit pada lawatan kedua dan seterusnya. Tapi saya punya bil makin lama makin mahal. Padahal prosedurnya sama aje. Saya dah makin kopak masa tu. So, saya pun mulalah surrender. Tak larat nak bayar bil dah.
Keempat, setelah beberapa kali check-up kat situ, doktor di sana mengatakan yang bukaan saya dah 2cm. Masa tu lagi 2 minggu dari tarikh EDD saya. Dia aturkan supaya saya bersalin pada Isnin depannya. Kalau tak silap pada 12 Mei 2008. Katanya, dia akan pecahkan ketuban saya dan proses kelahiran akan bermula. Pada masa itu, hati saya dah terdetik, 'eh? dah nak beranak dah ke? takde tanda apa-apa lagi nih? boleh dirancang-rancang ke bila nak beranak (kecuali kes tertentu)?' Konfius di situ.
12 Mei, saya refuse untuk ke sana sebab tak rasa nak beranak lagi. Saya nak check-up biasa je. Doktor check lagi, dia kata bukaan 2cm (still). Dia suruh datang on 19th untuk bersalin. Kebetulan 19 Mei ialah cuti (Wesak). Saya dan En Abah bagitau la 19 Mei cuti. Doktor ada tak kat klinik? Then dia kata, oh ye ke? So, dia suruh datang 20 Mei pulak untuk bersalin. Ho... boleh tukar-tukar pulak tarikh bersalin saya. Bertambah konfius saya.
Saya berbincang dengan En Abah. Setelah beberapa ketika, kami buat kesimpulan yang kami nak go for second opinion. Maka, pulanglah ke pangkal jalan. Hoho. Pergi check-up semula di Poliklinik Syahirah. Doktor di sini beri pendapat berbeza. Katanya, bukaan saya memang dah 2cm. Tapi masih belum sampai masa melahirkan. 2cm tu mungkin 'hasil' proses kelahiran Imran dulu. Or mungkin jugak hasil kurang berpantang masa tempoh berpantang. Dia suggest supaya tunggu tarikh EDD yang sepatutnya. Bila scan kandungan semuanya normal. Dan EDD nya masih sekitar pada 22 atau 23 Mei 2008.
Oh. Bila tengok balik post-post lama, saya ada kisahkan pengalaman bersalin Irma. Kalau sudi nak baca, silalah ke sini.

4 comments:
ooh ku terkonfius kejap, bila masa ko preggy, eh takkan dah nak bersalin keh keh
zety, apakah nama hosp terkenal tu... mana tau aku plan nk bersalin kat situ ke
mama_adib,
hehe kena tengok betul2 tarikhnya tu.
nita,
nama dirahsiakan sebab terkenal sangat. hihi. nanti kita ym ek.
hmmm.. ingatkan klinik desa jer yg selalu soh buat test itu ini... & kena tunggu berjam2.. hospital terkenal pun gitu juge.... hmmm..
Post a Comment